Aduan Perkhidmatan PKNS

Untuk membuat aduan tentang perkhidmatan PKNS, kami menyediakan pelbagai cara mengikut kesesuaian atau kemudahan anda. 
sistem 
Sistem Aduan Pelanggan
call    
 Melalui Telefon
Hubungi 03 - 5525 0300
mailMelalui Email 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
service1Hadir ke Kaunter Khidmat Pelanggan kami 
Bangunan Ibu Pejabat PKNS,
Blok B, Aras Bawah, 
No 2 Jalan Indah 14/8,
Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
 

Pembayaran Bil PKNS

Anda boleh membuat pembayaran bil-bil sewa (rental bill), air (water bill), penyelenggaraan (MC), wang penjelas (sinking fund bill), tuntutan rumah (house bill) dan tuntutan tanah (land bill) terus ke PKNS melalui:
epay
pos online
cimb


Anda disarankan untuk menggunakan Sistem Pembayaran Online ePay PKNS (http://epay.pkns.gov.my) untuk membayar bil-bil anda. ePay PKNS merupakan satu sistem untuk memudahkan pembayaran bil-bil PKNS secara online dengan menggunakan pelbagai cara pembayaran. Di antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia dan lain-lain. Untuk membuat pembayaran secara debit terus, anda hanya perlu mempunyai akaun bank di Malaysia. Pembayaran mesti dibuat melalui ePay PKNS dan bukan terus melalui bank-bank berkenaan.
Anda boleh membuat bayaran melalui ePay PKNS dengan menggunakan mod pembayaran berikut:


Kad Kredit
Debit Terus melalui:
Lain-lain
  • Maybank2U
  • Alliance Online
  • AmOnline
  • RHB Online
  • Hong Leong Online
  • CIMB Clicks
  • Bank Rakyat Internet Banking
  • Affin Online
  • FPX
  • Web Cash
  • Celcom AirCash
  • PayPal

 

Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku)

1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah  ?
Syarat kelayakan untuk memohon rumah  adalah seperti berikut:
 
  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas;
  2. Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3,001.00 sebulan;
  3. Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
  4. Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor;
  5. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; dan 
  6. Pembelian rumah untuk didiami bukan disewa;
  7. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan satu(1) jenis rumah sahaja samada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonanan;
  8. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama dua(2) tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih menunggu tawaran akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon rumah Selangorku. 
 
2. Bagaimanakah cara untuk mendaftar bagi permohonan rumah ?
Pemohon boleh mendaftar secara online atau muat turun borang permohonan di laman web rasmi LPHS http://lphs.selangor.gov.my atau http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs
3. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan rumah ?
Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut semasa menghantar borang permohonan:
  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  2. Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan;
  3. Salinan surat nikah/ daftar perkahwinan/ surat cerai/ sijil kematian pasangan;
  4. Surat pengesahan bujang daripda majikan atau pesuruhjaya sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
  5. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya bekerja sendiri;
  6. Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
  7. Salinan bil air atau bil elektrik. 
 
4. Berapakah harga rumah ?
Harga rumah  adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.
5. Berapakah keluasan rumah ?
Keluasan rumah  adalah diantara 750 kaki persegi (kp) hingga 1000 kaki persegi (kp) bergantung kepada jenis rumah.
6. Dimanakah lokasi rumah  yang boleh dipohon?
Pemohon boleh menyemak senarai rumah projek  yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my atau http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs 

Pendaftaran Rumah PKNS