logo rasmi pkns bahasa melayu
Search
Close this search box.

Soalan Lazim

i. Maklumat hartanah PKNS mengikut wilayah:

  1. Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Tengah 
    (Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)
    Bangunan Ibu Pejabat PKNS
    No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
    40000 Shah Alam, Selangor,
    Tel: 03-5525 0300
  2.  
  3. Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Utara
    (Shah Alam / Alam Nusantara / Kuala Selangor / Bandar Sultan Suleiman)
    Tingkat 2, Kompleks PKNS Shah Alam,
    40505 Shah Alam, Selangor
    Tel: 03-5519 2211
  4.  
  5. Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Selatan
    (Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)
    Tingkat 5, Kompleks PKNS Bangi, Persiaran Bangi
    43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
    Tel: 03-8926 2000 

ii. Melayari laman sesawang hartanah PKNS di https://www.pkns.gov.my/
iii. Mengunjungi pameran hartanah PKNS dari masa ke semasa di :-

Galeri Jualan Ibu Pejabat
Tingkat Bawah, Blok B, Bangunan Ibu Pejabat,
No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor

Galeri Jualan Kompleks PKNS Shah Alam
Tingkat Bawah, Kompleks PKNS, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor

Galeri Jualan Kota Puteri
Persiaran Kota Puteri 3, Kota Puteri
48100 Batu Arang, Selangor

Galeri Jualan Antara Gapi
Jalan Gapi 1A, Antara Gapi
42800 Antara Gapi, Selangor

i. Sila berhubung dengan Eksekutif Jualan PKNS di talian PKNS X-HOMES:-

  1. 03-5022 0188 (Ibu Pejabat – Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)
  2. 03-5022 0189 (Shah Alam – Shah Alam / Alam Nusantara / Kuala Selangor / Bandar Sultan Suleiman
  3. 03-5022 0187 (Bangi – Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)

ii. Atau e-mail ke inquiry@pkns.gov.my

Proses jualan hartanah PKNS adalah seperti berikut:
  1. Membuat pilihan hartanah / lokasi / unit di https://www.pkns.gov.my/en/
  2. Semakan dokumen kelayakan
  3. Pembeli membuat permohonan pinjaman
  4. PKNS mengeluarkan surat tawaran
  5. Menandatangani Perjanjian Jual Beli
  6. PKNS melaksanakan penyerahan pemilikan kosong / penyerahan kunci rumah setelah semua syarat dipenuhi

Sila layari https://www.iproperty.com.my/bm/kelayakan-pinjaman- perumahan/kalkulator/ untuk semakan kelayakan sebarang pembelian rumah.

Ya, PKNS mempunyai senarai bank/LPPSA yang sedia membantu bakal
pembeli.

Pembeli perlu mendapatkan kelulusan pinjaman terlebih dahulu. Setelah
kelulusan diperolehi, pembeli perlu mengemukakan Surat Kelulusan kepada PKNS untuk tujuan pengeluaran Surat Tawaran.

PKNS sedia membantu bakal pembeli untuk berurusan dengan pihak bank bagi mendapatkan khidmat nasihat pinjaman.

Tiada sebarang deposit yang perlu dibayar oleh bakal pembeli yang ingin
membeli produk hartanah PKNS.

Pembeli boleh melantik peguam sendiri bagi urusan jual beli rumah tetapi
hanya pembeli yang menggunakan khidmat panel peguam PKNS yang
layak mendapat pengecualian Yuran Perjanjian Jual Beli. Peguam
lantikan pembeli perlu mendapatkan Salinan Perjanjian Jual Beli daripada
panel peguam PKNS. Pembeli perlu mengemukakan surat permohonan
bagi melantik peguam sendiri untuk pertimbangan dan kelulusan PKNS.

Terdapat dua jenis penjualan rumah di PKNS iaitu Penjualan melalui Housing Development Act (HDA) dan Penjualan dengan CCC (Perakuan Siap dan Pematuhan). Sekiranya penjualan melalui HDA, tempoh masa yang diambil bergantung kepada Sijil Arkitek yang diluluskan. Manakala Penjualan dengan CCC mengambil masa sembilan (9) bulan daripada tarikh Surat Tawaran.

Sekiranya Penjualan Hartanah melalui HDA, PKNS perlu menyerahkan kunci kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Perjanjian Jual beli. Manakala Penjualan Hartanah dengan CCC, PKNS perlu menyerahkan kunci dalam tempoh 14 hari setelah:

  • Menerima bayaran harga rumah sepenuhnya;
  • Pembeli telah menjelas kos bayaran deposit utiliti; dan
  • Menerima bayaran denda lewat (jika ada)

Pembeli akan dikenakan Caj Perkhidmatan (Denda Lewat) sekiranya bayaran penuh dijelaskan melebihi tempoh yang telah ditetapkan dan kelewatan tersebut berpunca daripada pihak pembeli itu sendiri ataupun peguam dan pihak pembiayaan.

Pembeli bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran cagaran dan
memastikan pertukaran nama pada bil :-

  1. Bil Elektrik — Tenaga Nasional Berhad
  2. Bil Air – Air Selangor
  3. Bil Pembetungan — Indah Water Konsortium (IWK)
  4. iv. Cukai Taksiran — Pihak Berkuasa Tempatan

    Pembeli perlu mengemukakan salinan bil yang telah selesai urusan pertukaran nama kepada PKNS. Notis Pemilikan kosong akan dihantar kepada pembeli dengan menggunakan serahan tangan atau pos berdaftar setelah semua urusan dokumentasi selesai. Walau bagaimanapun, PKNS akan mengemukakan email kepada pembeli sebagai makluman awal.

LAD adalah satu klausa yang bertujuan untuk melindungi pembeli hartanah, dalam kes dimana pihak pemaju gagal untuk menyiapkan rumah dalam tempoh yang ditetapkan. Kiraan LAD adalah bermula daripada tarikh Surat Tawaran sehingga Notis Serah Kunci.

Selepas mendapat pengesahan kiraan LAD, pembeli akan menerima Borang EFT. Pembeli perlu mengembalikan borang yang telah lengkap diisi berserta Salinan Penyata Akaun Bank dan Salinan Kad Pengenalan untuk proses selanjutnya.

i. PKNS akan mengemukakan Borang Pembayaran Secara EFT
sekiranya terdapat lebihan bayaran.

ii. Pembeli perlu mengembalikan borang yang telah lengkap diisi berserta
Salinan Penyata Akaun Bank dan Salinan Kad Pengenalan. Setelah perkara di atas telah dibuat, PKNS akan membuat bayaran ke akaun pembeli.

  • Pembeli perlu mengemukakan resit asal sebagai bukti pembayaran
    yang telah dibuat kepada Bahagian Kawalan Kredit.
  • Boleh menggunakan salinan telah diperakukan oleh Pesuruhjaya
    Sumpah sekiranya kehilangan resit asal.

PKNS ada menawarkan Skim ‘Rent to Own’ untuk hartanah komersial, kedai dan pejabat sahaja. Sila berhubung dengan Eksekutif Jualan kami di talian PKNS X-HOMES:-

a. 03-5022 0188 (Ibu Pejabat – Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)


b. 03-5022 0189 (Shah Alam – Shah Alam / Alam Nusantara / Kuala Selangor / Bandar Sultan Suleiman)


c. 03-5022 0187 (Bangi – Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)

d. WhatsApp PKNS HOMES di talian 010 — 9280187 atau di pautan http:/www.wasap.my/60 109280187

Pembeli yang berminat perlu mendaftar di Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) secara atas talian atau muat turun borang permohonan di laman web rasmi LPHS http://ehartanah.Iphs.qov.my

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku adalah:

i. Warganegara Malaysia sahaja (Pemohon dan Pasangan);
ii. Berumur 18 tahun dan keatas;
iii. Berkahwin atau bujang layak memohon:
iv. Pendapatan isi rumah (suami & isteri) tidak melebihi RM14,500.00
seperti berikut:

v. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan;
vi. Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah kediaman di Negeri Selangor;
vii. Pemohon rumah kos rendah atau Rumah Selangorku Jenis A yang telah melebihi tempoh lima (5) tahun ke atas dari tarikh Perjanjian Jual Beli adalah dibenarkan untuk menaiktaraf keselesaan kediaman kepada Rumah Selangorku Jenis B/C/D/E/E Khas (Rumah Idaman / Harapan);
viii. Pemohon wajib berdaftar (online) di dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku melalui laman sesawang LPHS;
ix. Permohonan Pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun daripada Perjanjian Jual Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri; dan
x. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan adalah selama dua (2) tahun dan sekiranya tiada tawaran diterima dalam tempoh tersebut, maka permohonan baru perlu dibuat semuala di atas talian (online).

Sila buat semakan lokasi tanah melalui kaedah berikut:

i. Secara atas talian dengan melayari Web PKNS Property di https:/www.pkns.gov.my/en/land-for-sale/ atau
ii. Hadir ke cawangan Bahagian Hal Ehwal Tanah di alamat berikut:

a. Bahagian Hal Ehwal Tanah (Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)

Bangunan Ibu Pejabat PKNS
No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
03 — 5022 0188

b. Bahagian Hal Ehwal Tanah (Shah Alam / Alam Nusantara / Kuala Selangor / Bandar Sultan Suleiman)

Tingkat 2&3, Kompleks PKNS Shah Alam,
40000 Shah Alam, Selangor
03 — 5022 0189

c. Bahagian Hal Ehwal Tanah (Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)

Tingkat 5, Kompleks PKNS Bangi, Persiaran Bangi,
43650 Shah Alam, Selangor
03 — 5022 0187

 

Tempoh pembayaran adalah seperti berikut:
i. Bayaran pertama – 107 dari harga jualan tanah dalam masa 30
hari dari tarikh surat tawaran
ii. Bayaran kedua – 109 dari harga jualan tanah dalam masa 90
hari dari tarikh Perjanjian Jualbeli
iii. Bayaran ketiga – 8096 dari harga jualan tanah dalam masa 90
hari dari tarikh surat kebenaran pindahmilik

Pembeli dianggap memiliki tanah secara rasmi setelah perkara berikut
dipenuhi:

i. Menandatangani Perjanjian Jual Beli
ii. Menjelaskan sepenuhnya harga jualan tanah
ii. Menjelaskan caj kelewatan bayaran harga tanah (jika ada)

 

i. Proses pendaftaran hakmilik (geran) tanah adalah seperti berikut:

a) Menjelaskan harga jualan tanah sepenuhnya

b) Menjelaskan caj kelewatan bayaran (jika ada)

c) Menjelaskan semua tunggakan cukai tanah dan cukai taksiran
terkini termasuk tunggakan dan denda (jika ada)

d) Menandatangani Borang 14A, menjelaskan duti setem, fi peguam, bayaran daftar gadaian (jika ada) dan lain-lain bayaran perlu (senarai disediakan oleh peguam) di pejabat peguam

ii. Tempoh pendaftaran adalah bergantung kepada kelulusan Pejabat Tanah & Galian Selangor (PTGS) mengikut kawasan.

Sila layari laman sesawang PKNS Property di https://www.pkns.gov.my/len/land-for-sale/ atau berhubung dengan Pegawai Bahagian Hal Ehwal Tanah mengikut Daerah atau Mukim lokasi tanah yang dipohon.

Untuk memastikan sesebuah tanah lot yang ingin dibeli itu wujud dan tanah milik PKNS, pembeli hendaklah berjumpa dengan Pegawai Bahagian Hal Ehwal Tanah mengikut Daerah atau Mukim meminta nombor lot bagi membuat carian di Pejabat Tanah. Untuk makluman juga, pihak PKNS tidak akan melantik mana-mana Agen Hartanah bagi penjualan tanah.

Urusan pembayaran bergantung kepada kemampuan pihak pembeli sama ada membuat pinjaman bank atau secara tunai bagi pembelian tanah yang dimaksudkan.

Kos guaman untuk jual beli tanah lot adalah tidak melebihi 2.570 daripada harga jual beli atau nilaian tanah lot tersebut (sekiranya tidak melibatkan urusan pembiayaan dan gadaian kepada bank atau institusi kewangan) ataupun tidak melebihi 59 daripada harga jual beli atau nilaian tanah lot tersebut (sekiranya ia melibatkan urusan pembiayaan dan gadaian kepada bank atau institusi kewangan)

Tertakluk kepada jenis syarat kegunaan tanah dan status syarat sekata tanah seperti Rizab Melayu.

Kebanyakan tanah yang dimiliki oleh PKNS adalah Pegangan Pajakan (lease | hold) 99 tahun.

Proses pembelian tanah melibatkan:


i. Pengeluaran Surat Tawaran
ii. Menandatangani dokumen perjanjian
iii. Pembayaran mengikut jadual dan waktu yang ditetapkan
iv. Urusan pindahmilik (consent) daftar di Pejabat Tanah
v. Penyerahan geran dan urusan penyerahan tapak. (Sebarang kelewatan tertakluk kepada urusan dokumentasi dan pembayaran

PKNS membenarkan lantikan peguam yang bukan panel PKNS untuk tujuan pindahmilik.

Boleh berhubung dengan Pejabat Jualan Hartanah mengikut wilayah unit kediaman yang dibeli:

  1. Bahagian Pentadbiran Hartanah Wilayah Tengah
    (Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri /Rasa)
    Bangunan Ibu Pejabat PKNS
    No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
    40000 Shah Alam, Selangor
    03 — 5525030
  2. Bahagian Pentadbiran Hartanah Wilayah Utara
    (Shah Alam / Alam Nusantara / Kuala Selangor / Bandar Sultan Suleiman)
    Tingkat 2&3, Kompleks PKNS Shah Alam,
    40000 Shah Alam, Selangor
    03 — 55250300 / 03 — 55250676
  3. Bahagian Pentadbiran Hartanah Wilayah Selatan
    (Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)
    Tingkat 5, Kompleks PKNS Bangi, Persiaran Bangi
    43650 Shah Alam, Selangor
    03 — 55250300

PKNS dan peguam yang dilantik akan memproses urusan pindahmilik selepas pewaris mengemukakan Surat Pentadbir Kuasa dari Pejabat Tanah & Galian Selangor, Unit Pusaka Kecil.

Sila ke Pejabat Tanah & Galian Selangor mengikut daerah berserta salinan Perjanjian Jual Beli untuk membuat urusan menukar nama PKNS kepada nama pemilik.

Pembeli boleh menjual walaupun unit kediaman belum mempunyai hakmilik (geran). Namun, pembeli perlu mendapatkan kebenaran dari PKNS terlebih dahulu untuk menjual unit tersebut

i. Pemilik perlu memohon pengesahan dari PKNS terlebih dahulu dan bayaran proses sebanyak RM50.00. ii. Pemilik perlu mendapatkan Borang Pindah Milik (BPM) dengan bayaran proses sebanyak RM500.00 dari:

a. Bahagian Pentadbiran Hartanah Wilayah Tengah (Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa) Bangunan Ibu Pejabat PKNS No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor 03 — 55250300

b. Bahagian Pentadbiran Hartanah Wilayah Utara (Shah Alam / Alam Nusantara / Kuala Selangor / Bandar Sultan Suleiman) Tingkat 2&3, Kompleks PKNS Shah Alam, 40000 Shah Alam, Selangor 03 — 55250300/03 — 55250676

c. Bahagian Pentadbiran Hartanah Wilayah Selatan (Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley) Tingkat 5, Kompleks PKNS Bangi, Persiaran Bangi 43650 Shah Alam, Selangor 03 — 55250300

Kelulusan PKNS diperlukan bagi pemilikan hartanah kurang daripada lima (5) tahun bagi tujuan penjualan semula rumah kos rendah atau rumah mampu milik.

Pemilik boleh membuat pinjaman semula kediaman yang belum memiliki hakmilik (geran) dan berurusan terus dengan pihak bank.

Sila berhubung terus dengan Bahagian Penswastaan di alamat seperti berikut:


Bahagian Penswastaan
Blok B, Tingkat 5,
Bangunan Ibu Pejabat PKNS,
No. 2, Jalan Indah 14/8, Sesyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Pembeli perlu merujuk kepada Syarikat (Pemaju) yang berkaitan dengan
hartanah bagi projek berkenaan. Pembeli perlu menghantar semua dokumen yang berkaitan kepada Syarikat (Pemaju) untuk proses selanjutnya.

  • Pembeli perlu mengenalpasti nama Syarikat (Pemaju) dan
    menghubungi Syarikat (Pemaju) bagi hartanah yang berkenaan.

  • Sekiranya Syarikat (Pemaju) gagal dihubungi, pembeli boleh berhubung
    dengan Bahagian Penswastaan, PKNS.

i. Kaunter Pembayaran (HQ PKNS) Tingkat G, Blok B, Bangunan Ibu Pejabat PKNS No. 2, Jalan Indah 14/8 Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

 

ii. Perbankan Internet

iii. JomPay (Sila masukkan Biller Code seperti tertera pada bil anda)

  1. Aduan boleh dibuat melalui:
    a. Laman web htips://aduan.pkns.qov.my/ atau
    b. Hubungi talian 03-5525 0300 atau
    c. Email di aduan@pkns.qov.my
  1. Hadir ke kaunter Bahagian Urus Harta di:

Tingkat 2, Blok D
Bangunan Ibu Pjebat PKNS,
No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

  1. Hadir ke Galeri Jualan PKNS di:

a. Galeri Jualan PKNS Kota Puteri
Persiaran Kota Puteri 3, Kota Puteri
48100 Batu Arang, Selangor


b. Galeri Jualan PKNS Antara Gapi
No. 1-17, Jalan Gapi 1A, Antara Gapi,
44300 Batang Kali, Selangor

Sila isi Borang Aduan Pelanggan ADP-01 yang disertakan semasa menerima kunci unit hartanah atau layari laman sesawang https://aduan.pkns.gov.my/  untuk membuat aduan.

Jaminan yang diberikan bagi hartanah PKNS adalah seperti berikut:


i. Tempoh DLP selama 24 bulan bagi pembelian hartanah sebelum
mendapat Certificate of Completion and Compliance (CCC)

ii. Tempoh DLP selama 6 bulan bagi pembelian rumah selepas mendapat
Certificate of Completion and Compliance (CCC)

PKNS akan memastikan aduan diambil tindakan mengikut jenis kerosakan dalam tempoh pembaikan seperti:

  1. Kritikal : < 7 hari
  2. Biasa : < 30 hari

PKNS akan menghubungi pengadu secara terus samada melalui telefon atau emel. Pengadu perlu memberi kerjasama penuh jika dihubungi oleh pihak kontraktor PKNS.

Untuk sebarang aduan mengenai JMB / PP yang tidak aktif, sila berhubung dengan Pesuruhanjaya Bangunan (COB) mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Senarai maklumat COB boleh didapati di laman sesawang https://www.hba.org.my/help/COB-LIST.htm

  1. PKNS tidak lagi bertanggungjawab terhadap sebarang aduan projek kediaman yang telah diwujudkan JMB / PP.
  2. Tanggungjawab membaiki kerosakan pangsapuri adalah dibawah JMB / PP. Sekiranya JMB / PP tidak aktif, sila hubungi Pesuruhanjaya Bangunan (COB) seperti senarai di laman sesawang https://www.hba.org.my/help/COB-LIST.htm

Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS terletak di Bangunan PKNS
BizPoint beralamat di No. 67D, Tingkat 4, Jalan Plumbum P7/P Seksyen 7”, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Antara fasiliti yang disediakan di PKNS BizPoint adalah seperti kemudahan bilik mesyuarat dan bilik seminar, penyambut tetamu, kawalan keselamatan, ruang menunggu, ruang solat, ruang makan dan internet berkelajuan tinggi.

i. Program Pembudayaan dan Pembangunan

a. Program Perintis Usahawan (PPU)
b. Program Tunas Niaga (PROTUNe)
c. Program Bina Bangun Usahawan (BIZUP) PKNS
d. Kursus Keusahawanan (Usahawan/ToT Pembimbing)
e. Sistem BizCamp
f. PKNS BizCentre Sales

ii. Program Pemantapan

a. Program Ekspo Usahawan (SELBIZ)
b. Program Usahawan Siswazah PKNS (GROW)
c. Program Usahawan Siswazah Lanjutan PKNS (GROW PLUS)
d. Malam Anugerah Usahawan
e. Klinik Usahawan Selangor

iii. Program Jaringan

a. Penyewaan Ruang Pejabat Serba Lengkap (VIO by PKNS)
b. BizClub PKNS
c. Penyewaan Bilik Seminar
d. Penyewaan Ruang Niaga Di Amcorp Mall, Petaling Jaya
e. Ekspo Dalam Negara

iii. Program Perkembangan

a. MEXPRO
b. Penyelarasan Bantuan Pembiayaan Dana
c. Ekspo Luar Negara
d. Jelajah Usahawan
e. Success Story
f.. Duta Usahawan

i. Program Bina Bangun Usahawan (BIZUP) PKNS
ii. Program Usahawan Siswazah PKNS (GROW)
iii. Program Usahawan Siswazah Lanjutan PKNS (GROW PLUS)

Sila ikuti Facebook Bahagian Pembangunan Usahawan atau layari portal https://www. pknsbizpoint.com/ untuk menyemak program yang ditawarkan dari semasa ke semasa

Cara untuk mendaftar menjadi Ahli PKNS BizClub adalah dengan mendaftar melalui laman web PKNS BizCamp di portal https://bizcamp.pkns.gov.my/. Sebarang pertanyaan dan maklumbalas untuk menjadi ahli PKNS BizClub boleh hubungi talian 03-5565 4759 atau terus berurusan ke pejabat VIO by PKNS di PKNS BizPoint, Seksyen 7 Shah Alam.

Kadar bayaran untuk menjadi ahli PKNS BizClub adalah sebanyak RM100.00 setahun.

Kadar bayaran untuk pakej sewaan pejabat VIO by PKNS adalah bermula serendah RM60.00 sebulan.

Kos bayaran kemudahan bagi bilik seminar adalah bermula dari RM400.00 sehingga RM1,000.00 sehari mengikut jumlah kapasiti yang diperlukan.

Pakej menarik yang ditawarkan adalah bilik seminar yang kondusif berserta pakej lengkap seperti PA sistem, mikrofon, projektor, penghawa dingin dan kemudahan lain seperti surau.

PKNS tidak menyediakan apa-apa pembiayaan kepada para usahawan tetapi PKNS melalui Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) menjalin kerjasama erat bersama agensi keusahawanan serta menyelaras bantuan pembiayaan dana kepada usahawan dengan menyediakan pelbagai jenis skim pembiayaan serta geran kepada usahawan-usahawan yang memerlukan. Program-program keusahawanan PKNS juga kebanyakan percuma atau dikenakan bayaran pada kadar yang sangat rendah.

Cara untuk mendapatkan khidmat bimbingan klinik usahawan adalah dengan membuat permohonan dan membuat temujanji di link Google Forms https://bit.ly/KLINIKUSAHAWANSELANGOR atau boleh hubungi terus Puan Hasliana di talian 03-5565 4706 / 5565 4708.

Klinik Usahawan Selangor adalah sebuah program keusahawanan anjuran Kerajaan Negeri Selangor bersama PKNS bagi memberi khidmat nasihat dan bimbingan secara PERCUMA kepada bakal usahawan dan usahawan.

Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS tidak lagi melaksanakan Program SKB dan VIP PKNS, akan tetapi program tersebut telah beralih ke Bahagian Ukur Bahan PKNS. Sebarang maklumat berkaitan Program SKB dan VIP PKNS boleh terus berhubung dengan Puan Umi Madia di talian 03-5525 0300 samb. 1552.

Pembayaran bil cukai petak boleh dijelaskan di:

i. Kaunter Pejabat Tanah & Galian Selangor (PTGS) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)

ii. Secara atas talian (online payment) di eHasil dengan melayari
https://ehasil.selangor.gqov.my melalui Financial Process Exchange (FPX).

iii. Kaunter Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor

iv. Semua KIOSK Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

v. Secara Perbankan Internet

Cukai petak boleh didapati melalui:

  1. Sila berhubung dengan Bahagian Pentadbiran Hartanah untuk
    mendapatkan nombor hakmilik dan nombor petak.
  2. Secara atas talian di laman web Pejabat Tanah & Galian Selangor di https://ptg.selangor.gov.my/

Sila berhubung dengan AJK JMB / PP pangsapuri bagi mendapatkan maklumat mengenai cara pembayaran caj penyelenggaraan (MC).

Pembayaran boleh dibuat secara atas talian seperti berikut:


i. JomPay (Sila masukkan Biller Code seperti tertera pada bil anda)

ii. Pos Online

Pada atau sebelum 7 haribulan pada setiap bulan.

Tuntutan lebihan bayaran boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Lebihan Bayaran dan Borang Electronic Fund Transfer (EFT) berserta Salinan Kad Pengenalan (I/C) dan penyata bank dan mengemukakan ke Bahagian Urus Harta PKNS di :-

Bahagian Urus Harta PKNS.
Tingkat 2, Blok D,
Bangunan Ibu Pejabat PKNS,
No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Semua tempoh jaminan terhadap produk adalah bersamaan dengan Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) sesuatu unit hartanah berdasarkan dokumen Perjanjian Jual Beli (S&P). Walaubagaimanapun, tempoh jaminan tersebut akan terbatal apabila pembeli melakukan kerja-kerja pengubahsuaian terhadap mana-mana bahagian atau kawasan dalam unit hartanah yang dibeli.

Pembeli perlu memuat turun borang dan hadir ke Bahagian Arkitek PKNS bagi proses selanjutnya di:

Bahagian Arkitek,
Bangunan Ibu Pejabat PKNS
Blok C, Tingkat 3,
No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-55250300 samb. (1365)

Sebarang kekosongan jawatan di PKNS akan diiklankan di capaian
https:/www.pkns.gov.my/en/join-us/ bersama borang permohonan jawatan.

Pemohon akan menerima status permohonan melalui e-mel yang didaftarkan di borang permohonan jawatan / resume.

Syarat untuk memohon latihan amali adalah:

i. Permohonan bagi latihan amali di PKNS dibuka sepanjang tahun kepada pelajar-pelajar IPT yang berminat dan tertakluk kepada kursus pengajian yang bersesuaian dan kekosongan penempatan.

ii. Syarat-syarat permohonan latihan amali adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia. (Keutamaan Kelahiran Selangor)
b. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta di dalam negara
c. Tempoh latihan industri adalah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh IPTA /IPTS

iii. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:

a. Surat permohonan oleh pelajar
b. Surat sokongan dari IPT pemohon
c. Resume (CV) pelajar
d. Salinan keputusan peperiksaan terkini & Sila kemukakan permohonan tiga (3) bulan sebelum tempoh latihan industri bermula.

iv. Permohonan perlu diisi melalui google form yang tertera di website PKNS seperti di capaian https:/www.pkns.gov.my/en/join-us/

v. Sila hubungi Puan Nuramirah binti Sulaiman di talian 03-5525 0300 samb 1257 / alamat e-mel nuramirah@pkns.qov.my atau Encik Saiful Amirudin bin Sakri di talian 03-55250300 samb 1238 / alamat e-mel saiful.amirudin@pkns.qov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Muzium Warisan PKNS tidak beroperasi sehingga dimaklumkan kelak.


Walau bagaimanapun, Perpustakaan PKNS akan beroperasi pada sesi pagi sekiranya terdapat permintaan.

Anda boleh menghubungi Perpustakaan PKNS di talian 03-5525 0300 samb. 1080 (Encik Muhammad Nazmi bin Mohd Yusof) atau e-mel kepada nazmi.yusof@pkns.gov.my

Ya, semua polisi berkaitan dengan anti rasuah, salahguna kuasa dan salah laku anggota dan pihak luar telah diwujudkan melalui penubuhan Bahagian Integriti semenjak 2012 bagi memastikan perlaksanaan tadbir urus korporat yang baik disamping memastikan kesedaran & kefahaman yang tinggi terhadap kesalahan rasuah dan salah laku di semua peringkat PKNS.

Sila layari Portal Integriti PKNS di http://integriti.pkns.gov.my/ yang merupakan salah satu saluran penyampaian oleh Bahagian Integriti PKNS.

Skip to content