1. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat mengenai produk hartanah PKNS?
i. Maklumat hartanah PKNS mengikut wilayah:
- Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Tengah
(Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)
Bangunan Ibu Pejabat PKNS
No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor,
Tel: 03-5525 0300 - Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Utara
(Shah Alam / Alam Nusantara / Kuala Selangor / Bandar Sultan Suleiman)
Tingkat 2, Kompleks PKNS Shah Alam,
40505 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-5519 2211 - Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Selatan
(Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)
Tingkat 5, Kompleks PKNS Bangi, Persiaran Bangi
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-8926 2000
ii. Melayari laman sesawang hartanah PKNS di https://www.pkns-property.com/
iii. Media sosial PKNS, PKNS Property (Facebook / Instagram)
iv.Mengunjungi pameran hartanah PKNS dari masa ke semasa
2. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk membeli produk hartanah PKNS?
i. Sila berhubung dengan Eksekutif Jualan PKNS di talian PKNS X-HOMES:-
- 03-5022 0188 (Ibu Pejabat – Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)
- 03-5022 0189 (Shah Alam – Shah Alam / Alam Nusantara / Kuala Selangor / Bandar Sultan Suleiman)
- 03-5022 0187 (Bangi – Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)
ii. Atau e-mail ke marketing@pkns.gov.my
3. Bagaimanakah proses membeli produk hartanah PKNS?
Proses jualan hartanah PKNS adalah seperti berikut:
- Membuat pilihan hartanah / lokasi / unit di https://www.pkns-property.com/ dan Media sosial PKNS, PKNS Property (Facebook / Instagram)
- Semakan dokumen kelayakan
- Pembeli membuat permohonan pinjaman
- PKNS mengeluarkan surat tawaran
- Menandatangani Perjanjian Jual Beli
- PKNS melaksanakan penyerahan pemilikan kosong / penyerahan kunci rumah setelah semua syarat dipenuhi
4. Apakah kriteria kelayakan untuk membeli produk hartanah PKNS?
Sila layari https://www.iproperty.com.my/bm/kelayakan-pinjaman- perumahan/kalkulator/ untuk semakan kelayakan sebarang pembelian rumah.
5. Berapa lamakah proses kelulusan membeli produk hartanah PKNS?
Surat tawaran dasar dikeluarkan dalam tempoh 2 – 5 hari bekerja.
6. Berapa lamakah tempoh yang diberikan kepada saya untuk mendapatkan pinjaman bank?
PKNS memberi tempoh empat puluh lima (45) hari dari tarikh Surat Tawaran kepada pembeli untuk mendapatkan pinjaman bank.
7. Adakah PKNS akan membantu saya mendapatkan pinjaman dari bank?
PKNS sedia membantu bakal pembeli untuk berurusan dengan pihak bank bagi mendapatkan khidmat nasihat pinjaman.
8. Adakah PKNS mempunyai panel bank untuk projek hartanah sedia ada?
PKNS tidak mempunyai panel bank tetapi PKNS bersedia menyelaras dan menjemput be berapa pihak bank bagi membantu urusan pinjaman bakal pembeli.
9. Berapakah jumlah deposit jika saya berminat untuk membeli produk hartanah PKNS?
Bayaran deposit hartanah PKNS adalah seperti berikut:
- Deposit RM500.00 bagi harga jualan rumah bawah RM500,000.00
- Deposit RM1,000.00 hingga RM5,000.00 bagi harga jualan rumah atau kedai/pejabat RM500,000.00 ke atas
10. Saya tidak ingin meneruskan proses pembelian hartanah PKNS. Adakah wang deposit saya akan dipulangkan?
PKNS akan memulangkan deposit sekiranya Perjanjian Jual Beli belum ditandatangani.
11. Jika saya gagal mendapatkan pinjaman bank, adakah deposit saya akan dipulangkan? Jika ya, berapa lama tempoh proses pemulangan deposit tersebut
Syarat kelayakan pemulangan deposit adalah seperti berikut:
Jenis | Syarat Pemulangan |
Kediaman |
|
Komersial |
|
12. Bagaimanakah proses tuntutan wang cagaran (deposit rumah & cagaran utiliti) rumah saya?
- Pembeli perlu mengemukakan resit asal sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat kepada Bahagian Jualan Hartanah Wilayah (BJHW).
- Boleh menggunakan salinan telah diperakukan oleh Pesuruhjaya Sumpah sekiranya kehilangan resit asal.
13. Adakah PKNS menawarkan skim ‘Rent to Own’?
PKNS ada menawarkan Skim ‘Rent to Own’ untuk hartanah komersial, kedai dan pejabat sahaja. Sila berhubung dengan Eksekutif Jualan kami di talian PKNS X-HOMES:-
- 03-5022 0188 (Ibu Pejabat – Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)
- 03-5022 0189 (Shah Alam – Shah Alam / Alam Nusantara / Kuala Selangor / Bandar Sultan Suleiman)
- 03-5022 0187 (Bangi – Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)
14.Bolehkah saya melantik peguam sendiri bagi urusan jual beli rumah PKNS?
14. Bolehkah saya melantik peguam sendiri bagi urusan jual beli rumah PKNS?
Pembeli boleh melantik peguam sendiri bagi urusan jual beli rumah tetapi hanya pembeli yang menggunakan khidmat panel peguam PKNS yang layak mendapat pengecualian Yuran Perjanjian Jual Beli.
15. Bilakah saya boleh mendapat kunci rumah yang dibeli?
PKNS akan menyerahkan kunci dalam tempoh 14 hari setelah:
- Menerima bayaran harga rumah sepenuhnya;
- Menerima bayaran deposit utiliti; dan
- Menerima bayaran denda lewat (jika ada)
16. Bagaimanakah proses kelayakan untuk membeli Rumah Selangorku?
Sila daftar di Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) secara atas talian atau muat turun borang permohonan di laman web rasmi LPHS http://lphs.selangor.gov.my
Syarat-syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku adalah:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas;
- Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3,001.00 sebulan;
- Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
- Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor;
- Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon;
- Pembeli rumah untuk didiami bukan disewa;
- Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan satu (1) jenis rumah sahaja samada jenis A, B, C atau D semasa membuat permohonan; dan
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama dua (2) tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih menunggu tawaran akan dikeluarkan dari sistem. Pemohon perlu membuat permohonan baharu sekiranya masih berminat untuk memohon rumah Selangorku.
17. Saya berminat untuk membeli tanah milik PKNS
Sila buat semakan lokasi tanah melalui kaedah berikut:
- Secara atas talian dengan melayari Web PKNS Property di https://www.pkns-property.com/all-properties/land-for-sale atau
- Hadir ke cawangan Bahagian Hal Ehwal Tanah di alamat berikut:
- Pejabat Hal Ehwal Tanah Wilayah Tengah
(Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)
Bangunan Ibu Pejabat PKNS
No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-5525 0300 - Pejabat Hal Ehwal Tanah Wilayah Utara
(Shah Alam / Klang / Sabak Bernam / Kuala Selangor)
Tingkat 2, Kompleks PKNS Shah Alam,
40505 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-5519 0740 / 03-55100 0375 - Pejabat Hal Ehwal Tanah Wilayah Selatan
(Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)
Tingkat 5, Kompleks PKNS Bangi, Persiaran Bangi
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-5525 0300
18. Apakah tempoh bayaran yang ditetapkan oleh PKNS bagi pembelian tanah?
Tempoh pembayaran adalah seperti berikut:
- Bayaran pertama – 10% dari harga jualan dalam masa 30 hari dari tarikh surat tawaran
- Bayaran kedua – 10% dari harga jualan tanah dalam masa 90 hari dari tarikh Perjanjian Jualbeli
- Bayaran ketiga – 80% dari harga jualan tanah dalam masa 90 hari dari tarikh surat kebenaran pindahmilik
19. Bilakah saya boleh memiliki secara rasmi tanah yang telah dibeli dari PKNS?
Pembeli dianggap memiliki tanah secara rasmi setelah perkara berikut dipenuhi:
- Menandatangani Perjanjian Jual Beli
- Menjelaskan sepenuhnya harga jualan tanah
- Menjelaskan caj kelewatan bayaran harga tanah (jika ada)
20. Bagaimanakah proses pindahmilik atau pendaftaran pajakan nama individu atau syarikat dalam hakmilk (geran) untuk pembelian tanah?
i. Proses pindahmilik atau pendaftaran pajakan hakmilik (geran) tanah adalah seperti berikut:
- Menjelaskan harga jualan tanah sepenuhnya
- Menjelaskan caj kelewatan bayaran (jika ada)
- Menjelaskan semua tunggakan cukai tanah dan cukai taksiran terkini termasuk tunggakan dan denda (jika ada)
- Menandatangani Borang 14A, menjelaskan duti setem, fi peguam, bayaran daftar gadaian (jika ada) dan lain-lain bayaran perlu (senarai disediakan oleh peguam) di pejabat peguam
ii. Setelah kesemua perkara di atas diselesaikan, tempoh masa untuk pendaftaran nama pembeli ke dalam hakmilik (geran) adalah bergantung kepada Pejabat Tanah.