Introducer Cash Reward
Tempoh Kempen: 1 Ogos 2025 – 31 Disember 2025
Ganjaran: Sehingga RM10,000 untuk setiap referral yang berjaya
*** Tertakluk kepada terma dan syarat. ***
3.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN KELAYAKAN
3.1 Kelayakan Peserta
3.1.1 Terbuka kepada pembeli hartanah PKNS yang telah menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P).
3.1.2 Pembeli mestilah individu (bukan syarikat) dan bukan kakitangan PKNS, anak syarikat, atau ejen jualan hartanah yang dilantik.
3.1.3 Anggota Bahagian Jualan, Bahagian Pemasaran dan Agen Jualan tidak layak untuk menyertai kempen ini.
3.2 Kriteria Bakal Pembeli yang Diperkenalkan
3.2.1 Bakal pembeli mestilah belum pernah mendaftar atau menunjukkan minat terhadap projek perumahan PKNS sebelum ini.
3.2.2 Bakal pembeli mestilah membuat tempahan dan menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P) dalam tempoh kempen.
3.3 Kaedah Pengenalan
3.3.1 Pembeli asal perlu mengemukakan butiran bakal pembeli melalui borang rasmi kempen sebelum bakal pembeli membuat tempahan unit.
3.3.2 Rujukan selepas pembelian tidak akan diterima.
3.4 Insentif dan Penebusan
3.4.1 Pembeli yang berjaya memperkenalkan akan menerima insentif wang tunai selepas bakal pembeli yang dirujuk menandatangani S&P dan membuat bayaran minimum yang ditetapkan.
3.4.2 Nilai insentif yang dicadangkan adalah seperti berikut;
Harga SPA kurang dari RM500,000- RM1,000
Harga SPA RM500,001.00 hingga RM700,000- RM3,000
Harga SPA RM700.001.00 hingga RM1,000,000- RM5,000
Harga SPA RM1,000,001 hingga RM1,500,000- RM8,000
Harga SPA RM1,500,001 dan ke atas- RM10,000
3.5 Penebusan Hadiah Insentif
3.5.1 Syarat-syarat pembayaran insentif bagi projek dalam pembinaan
Kategori Pinjaman
i. Pembeli telah menandatangani SPA
ii. Pembeli perlu menjelaskan bayaran beza jika ada.
iii. iii. PKNS telah menerima tuntutan sebanyak 10% minimum dari institusi pinjaman sijil kemajuan kerja atau,
iv. PKNS telah menerima tuntutan melebihi dari jumlah insentif dan komisen.
Tunai
i. Pembeli telah menandatangani SPA
ii. PKNS telah menerima tuntutan sebanyak 10% minimum atau,
iii. PKNS telah menerima tuntutan melebihi dari jumlah insentif dan komisen.
3.5.2 Syarat-syarat pembayaran insentif bagi projek yang telah mempunyai CCC.
Pinjaman
i. Pembeli telah menandatangani SPA dan MOT
ii. Pembeli perlu menjelaskan bayaran beza jika ada atau,
iii. PKNS telah menerima tuntutan melebihi dari jumlah insentif dan komisen.
Tunai
i. Pembeli telah menandatangani SPA
ii. PKNS telah menerima tuntutan sebanyak 10% minimum atau,
iii. PKNS telah menerima tuntutan melebihi dari jumlah insentif dan komisen.
3.6 Tempoh Kempen
3.6.1 Kempen bermula dari 1 Ogos sehingga 31 Disember 2025. Sebarang tempahan di luar tempoh kempen tidak akan dikira.
3.7 Keputusan Muktamad
3.7.1 PKNS berhak menolak penyertaan yang tidak memenuhi syarat dan keputusan adalah muktamad