
- Logo PKNS memperlihatkan misi, visi dan komitmen organisasi sebagai sebuah badan korporat yang kuat dan berwibawa.
- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang bertulisan JAWI melambangkan ciri keperibadian teguh dan kegemilangan bangsa Melayu.
- Sebagai agensi utama untuk pembangunan, PKNS dizahirkan melalui pemaparan simbol negeri Selangor.
- Unsur di dalam logo melambangkan falsafah dan aktiviti-aktiviti PKNS.
- Perkataan ‘PKNS’ di bahagian bawah logo mendokong falsafah dan aktiviti-aktiviti sejajar dengan objektif penubuhannya.
- MERAH dan KUNING adalah warna-warna Selangor.
- Warna HITAM melambangkan ketegasan, integriti, kestabilan dan semangat yang tidak mudah luntur.