carian |  W3C

W3C

Pilihan Warna: color-red  color-green  color-oren  color-blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
 | HARTANAH PKNS 
 
faq2seperatorhubungi2seperatormaklumbalas2seperatorpeta2

 

JUALAN HARTANAHSEWAAN HARTANAHPINDAHMILIKADUANUMUMMUAT TURUN BORANG

1. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat mengenai produk hartanah PKNS?

i. Maklumat hartanah PKNS mengikut wilayah:

  1. Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Tengah 
    (Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)
    Bangunan Ibu Pejabat PKNS
    No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
    40000 Shah Alam, Selangor,
    Tel: 03-5525 0300 
  2.  
  3.  Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Utara
    (Shah Alam / Alam Nusantara / Kuala Selangor / Bandar Sultan Suleiman)
    Tingkat 2, Kompleks PKNS Shah Alam,
    40505 Shah Alam, Selangor
    Tel: 03-5519 2211
  4.  
  5. Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Selatan
    (Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)
    Tingkat 5, Kompleks PKNS Bangi, Persiaran Bangi
    43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
    Tel: 03-8926 2000 

ii. Melayari laman sesawang hartanah PKNS di https://www.pkns-property.com/
iii. Media sosial PKNS, PKNS Property (Facebook / Instagram)
iv.Mengunjungi pameran hartanah PKNS dari masa ke semasa

2.Siapakah yang perlu saya hubungi untuk membeli produk hartanah PKNS?

i. Sila berhubung dengan Eksekutif Jualan PKNS di talian PKNS X-HOMES:-

  1. 03-5022 0188 (Ibu Pejabat - Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)
  2. 03-5022 0189 (Shah Alam - Shah Alam / Alam Nusantara / Kuala Selangor / Bandar Sultan Suleiman
  3. 03-5022 0187 (Bangi - Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)

ii. Atau e-mail ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

3. Bagaimanakah proses membeli produk hartanah PKNS?

Proses jualan hartanah PKNS adalah seperti berikut:

  1. Membuat pilihan hartanah / lokasi / unit di https://www.pkns-property.com/ dan Media sosial PKNS, PKNS Property (Facebook / Instagram)
  2. Semakan dokumen kelayakan
  3. Pembeli membuat permohonan pinjaman
  4. PKNS mengeluarkan surat tawaran
  5. Menandatangani Perjanjian Jual Beli
  6. PKNS melaksanakan penyerahan pemilikan kosong / penyerahan kunci rumah setelah semua syarat dipenuhi

4. Apakah kriteria kelayakan untuk membeli produk hartanah PKNS?

Sila layari https://www.iproperty.com.my/bm/kelayakan-pinjaman- perumahan/kalkulator/ untuk semakan kelayakan sebarang pembelian rumah.

 

5. Berapa lamakah proses kelulusan membeli produk hartanah PKNS?

Surat tawaran dasar dikeluarkan dalam tempoh 2 - 5 hari bekerja.

6. Berapa lamakah tempoh yang diberikan kepada saya untuk mendapatkan pinjaman bank?

PKNS memberi tempoh empat puluh lima (45) hari dari tarikh Surat Tawaran kepada pembeli untuk mendapatkan pinjaman bank.

 

7. Adakah PKNS akan membantu saya mendapatkan pinjaman dari bank?

PKNS sedia membantu bakal pembeli untuk berurusan dengan pihak bank bagi mendapatkan khidmat nasihat pinjaman.

8. Adakah PKNS mempunyai panel bank untuk projek hartanah sedia ada?

PKNS tidak mempunyai panel bank tetapi PKNS bersedia menyelaras dan menjemput be berapa pihak bank bagi membantu urusan pinjaman bakal pembeli.

 

9.Berapakah jumlah deposit jika saya berminat untuk membeli produk hartanah PKNS?

Bayaran deposit hartanah PKNS adalah seperti berikut: 

  1. Deposit RM500.00 bagi harga jualan rumah bawah RM500,000.00 
  2. Deposit RM1,000.00 hingga RM5,000.00 bagi harga jualan rumah atau kedai/pejabat RM500,000.00 ke atas 

10.Saya tidak ingin meneruskan proses pembelian hartanah PKNS. Adakah wang deposit saya akan dipulangkan?

PKNS akan memulangkan deposit sekiranya Perjanjian Jual Beli belum ditandatangani.

11.Jika saya gagal mendapatkan pinjaman bank, adakah deposit saya akan dipulangkan? Jika ya, berapa lama tempoh proses pemulangan deposit tersebut

Syarat kelayakan pemulangan deposit adalah seperti berikut:

 

Jenis

Syarat Pemulangan

Kediaman

  1. Pembeli perlu membuat permohonan rasmi ke PKNS. Bayaran deposit akan dipulangkan bagi projek yang belum mendapat Certificate of Completion and Compliance (CCC) dalam tempoh antara 1 - 1 ½ bulan dari tarikh permohonan.
  2. Bagi projek yang sudah mendapat Certificate of Completion and Compliance (CCC) bayaran deposit akan dipulangkan sebelum menandatangani Perjanjian Jual Beli. Namun bagi pembeli yang telah menandatangani Perjanjian Jual Beli, deposit tidak akan dipulangkan kerana dikira sebagai bayaran pengurusan.

Komersial

  1. Pembeli perlu membuat permohonan rasmi ke PKNS. Bayaran deposit akan dipulangkan bagi projek yang belum mendapat Certificate of Completion and Compliance (CCC) dalam tempoh antara 1 - 1 ½ bulan dari tarikh permohonan.
  2. Bagi projek yang sudah mendapat Certificate of Completion and Compliance (CCC) bayaran deposit akan dipulangkan sebelum menandatangani Perjanjian Jual Beli. Namun bagi pembeli yang telah menandatangani Perjanjian Jual Beli, deposit tidak akan dipulangkan kerana dikira sebagai bayaran pengurusan.

12.Bagaimanakah proses tuntutan wang cagaran (deposit rumah & cagaran utiliti) rumah saya?

  1. Pembeli perlu mengemukakan resit asal sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat kepada Bahagian Jualan Hartanah Wilayah (BJHW).
  2. Boleh menggunakan salinan telah diperakukan oleh Pesuruhjaya Sumpah sekiranya kehilangan resit asal.

13.Adakah PKNS menawarkan skim ‘Rent to Own’?

PKNS ada menawarkan Skim ‘Rent to Own’ untuk hartanah komersial, kedai dan pejabat sahaja. Sila berhubung dengan Eksekutif Jualan kami di talian PKNS X-HOMES:-

  1. 03-5022 0188 (Ibu Pejabat - Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)
  2. 03-5022 0189 (Shah Alam - Shah Alam / Alam Nusantara / Kuala Selangor / Bandar Sultan Suleiman
  3. 03-5022 0187 (Bangi - Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley

 

14.Bolehkah saya melantik peguam sendiri bagi urusan jual beli rumah PKNS?

Pembeli boleh melantik peguam sendiri bagi urusan jual beli rumah tetapi hanya pembeli yang menggunakan khidmat panel peguam PKNS yang layak mendapat pengecualian Yuran Perjanjian Jual Beli. 

15.Bilakah saya boleh mendapat kunci rumah yang dibeli?

PKNS akan menyerahkan kunci dalam tempoh 14 hari setelah:

  1. Menerima bayaran harga rumah sepenuhnya;
  2. Menerima bayaran deposit utiliti; dan
  3. Menerima bayaran denda lewat (jika ada)

16.Bagaimanakah proses kelayakan untuk membeli Rumah Selangorku?

Sila daftar di Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) secara atas talian atau muat turun borang permohonan di laman web rasmi LPHS http://lphs.selangor.gov.my

 

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku adalah:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas;
  2. Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3,001.00 sebulan;
  3. Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
  4. Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor;
  5. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; 
  6. Pembeli rumah untuk didiami bukan disewa;
  7. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan satu (1) jenis rumah sahaja samada jenis A, B, C atau D semasa membuat permohonan; dan
  8. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama dua (2) tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih menunggu tawaran akan dikeluarkan dari sistem. Pemohon perlu membuat permohonan baharu sekiranya masih berminat untuk memohon rumah Selangorku.

 

17.Saya berminat untuk membeli tanah milik PKNS

Sila buat semakan lokasi tanah melalui kaedah berikut: 

  1. Secara atas talian dengan melayari Web PKNS Property di https://www.pkns-property.com/all-properties/land-for-sale atau
  2. Hadir ke cawangan Bahagian Hal Ehwal Tanah di alamat berikut:
  1. Pejabat Hal Ehwal Tanah Wilayah Tengah 
    (Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)
    Bangunan Ibu Pejabat PKNS
    No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
    40000 Shah Alam, Selangor
    Tel: 03-5525 0300
  2.  Pejabat Hal Ehwal Tanah Wilayah Utara 
    (Shah Alam / Klang / Sabak Bernam / Kuala Selangor)
    Tingkat 2, Kompleks PKNS Shah Alam,
    40505 Shah Alam, Selangor
    Tel: 03-5519 0740 / 03-55100 0375
  3. Pejabat Hal Ehwal Tanah Wilayah Selatan
    (Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)
    Tingkat 5, Kompleks PKNS Bangi, Persiaran Bangi
    43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
    Tel: 03-5525 0300

18.Apakah tempoh bayaran yang ditetapkan oleh PKNS bagi pembelian tanah?

Tempoh pembayaran adalah seperti berikut: 

  1. Bayaran pertama - 10% dari harga jualan dalam masa 30 hari dari tarikh surat tawaran
  2. Bayaran kedua - 10% dari harga jualan tanah dalam masa 90 hari dari tarikh Perjanjian Jualbeli
  3. Bayaran ketiga - 80% dari harga jualan tanah dalam masa 90 hari dari tarikh surat kebenaran pindahmilik

19.Bilakah saya boleh memiliki secara rasmi tanah yang telah dibeli dari PKNS?

Pembeli dianggap memiliki tanah secara rasmi setelah perkara berikut dipenuhi:

  1. Menandatangani Perjanjian Jual Beli
  2. Menjelaskan sepenuhnya harga jualan tanah
  3. Menjelaskan caj kelewatan bayaran harga tanah (jika ada) 

20.Bagaimanakah proses pindahmilik atau pendaftaran pajakan nama individu atau syarikat dalam hakmilk (geran) untuk pembelian tanah?

i. Proses pindahmilik atau pendaftaran pajakan hakmilik (geran) tanah adalah seperti berikut:

  1. Menjelaskan harga jualan tanah sepenuhnya
  2. Menjelaskan caj kelewatan bayaran (jika ada)
  3. Menjelaskan semua tunggakan cukai tanah dan cukai taksiran terkini termasuk tunggakan dan denda (jika ada)
  4. Menandatangani Borang 14A, menjelaskan duti setem, fi peguam, bayaran daftar gadaian (jika ada) dan lain-lain bayaran perlu (senarai disediakan oleh peguam) di pejabat peguam

ii. Setelah kesemua perkara di atas diselesaikan, tempoh masa untuk pendaftaran nama pembeli ke dalam hakmilik (geran) adalah bergantung kepada Pejabat Tanah.

 

1. Saya berminat untuk menyewa bangunan perniagaan PKNS. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Sila hadir ke pejabat jualan PKNS mengikut Wilayah di:

  1. Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Tengah 
    (Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)
    Bangunan Ibu Pejabat PKNS
    No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
    40000 Shah Alam, Selangor,
    Tel: 03-5525 0300 
  2.  
  3.  Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Utara
    (Shah Alam / Alam Nusantara / Kuala Selangor / Bandar Sultan Suleiman)
    Tingkat 2, Kompleks PKNS Shah Alam,
    40505 Shah Alam, Selangor
    Tel: 03-5519 2211
  4.  
  5. Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Selatan
    (Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)
    Tingkat 5, Kompleks PKNS Bangi, Persiaran Bangi
    43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
    Tel: 03-8926 2000 

2.Berapa lamakah tempoh proses permohonan sewaan premis PKNS?

PKNS akan menghubungi pemohon yang memenuhi kriteria dalam tempoh 14 hari dari tarikh sesi semakan dokumen.

 

3.Saya berminat untuk menyewa tanah milik PKNS

 Sila buat semakan lokasi tanah melalui kaedah berikut: 

  1. Hadir ke cawangan Bahagian Hal Ehwal Tanah di alamat berikut:
  1. Pejabat Hal Ehwal Tanah Wilayah Tengah 
    (Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)
    Bangunan Ibu Pejabat PKNS
    No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
    40000 Shah Alam, Selangor
    Tel: 03-5525 0300
  2.  
  3.  Pejabat Hal Ehwal Tanah Wilayah Utara 
    (Shah Alam / Klang / Sabak Bernam / Kuala Selangor)
    Tingkat 2, Kompleks PKNS Shah Alam,
    40505 Shah Alam, Selangor
    Tel: 03-5519 0740 / 03-55100 0375
  4.  
  5. Pejabat Hal Ehwal Tanah Wilayah Selatan
    (Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)
    Tingkat 5, Kompleks PKNS Bangi, Persiaran Bangi
    43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
    Tel: 03-5525 0300

1. Adakah PKNS membenarkan saya melantik peguam yang bukan dari panel PKNS untuk urusan pindahmilik?

PKNS membenarkan lantikan peguam yang bukan panel PKNS untuk tujuan pindahmilik.

2.Bagaimanakah jika saya ingin mendapatkan salinan hakmilik (geran) unit kediaman saya?

Boleh berhubung dengan Pejabat Jualan Hartanah mengikut wilayah unit kediaman yang dibeli.

  1. Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Tengah 
    (Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)
    Bangunan Ibu Pejabat PKNS
    No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
    40000 Shah Alam, Selangor,
    Tel: 03-5525 0300 
  2.  
  3.  Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Utara
    (Shah Alam / Alam Nusantara / Kuala Selangor / Bandar Sultan Suleiman)
    Tingkat 2, Kompleks PKNS Shah Alam,
    40505 Shah Alam, Selangor
    Tel: 03-5519 2211
  4.  
  5. Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Selatan
    (Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)
    Tingkat 5, Kompleks PKNS Bangi, Persiaran Bangi
    43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
    Tel: 03-8926 2000 

3.Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan hakmilik (geran) hartanah untuk urusan pindahmilik jika berlaku kematian pemilik asal?

PKNS dan peguam yang dilantik akan memproses urusan pindahmilik selepas pewaris mengemukakan Surat Pentadbir Kuasa dari Unit Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Daerah yang berkenaan)

4.Saya telah selesai urusan pindahmilik tetapi cukai tanah masih di atas nama PKNS. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sila ke Pejabat Tanah berserta salinan Perjanjian Jual Beli untuk membuat urusan menukar nama PKNS kepada nama pemilik seperti berikut:-

  1. Pejabat Tanah dan Galian Selangor
  • Bagi bentuk hakmilik hartanah yang bermula dengan (HSD, PN, GERAN)

 

  1. Pejabat Tanah mengikut daerah 
  • Bagi bentuk hakmilik hartanah yang bermula dengan (HSM, GM, PM)

5.Saya ingin menjual rumah yang didiami sekarang. Bolehkah saya menjualnya jika belum mempunyai hakmilik (geran)?

Pembeli boleh menjual walaupun unit kediaman belum mempunyai hakmilik (geran). Namun, pembeli perlu mendapatkan kebenaran dari PKNS terlebih dahulu untuk menjual unit tersebut

6.Bagaimanakah caranya untuk menjual unit kediaman saya yang telah mempunyai hakmilik (geran)?

  1. Pemilik perlu memohon pengesahan dari PKNS terlebih dahulu dan bayaran proses sebanyak RM50.00.
  2. Pemilik perlu mendapatkan Borang Pindah Milik (BPM) dengan bayaran proses sebanyak RM500.00 dari:
  1. Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Tengah 
    (Kota Damansara / Kerinchi / Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)
    Bangunan Ibu Pejabat PKNS
    No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
    40000 Shah Alam, Selangor,
    Tel: 03-5525 0300 
  2.  
  3.  Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Utara
    (Shah Alam / Alam Nusantara / Kuala Selangor / Bandar Sultan Suleiman)
    Tingkat 2, Kompleks PKNS Shah Alam,
    40505 Shah Alam, Selangor
    Tel: 03-5519 2211
  4.  
  5. Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Selatan
    (Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)
    Tingkat 5, Kompleks PKNS Bangi, Persiaran Bangi
    43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
    Tel: 03-8926 2000 

7.Sekiranya saya ingin menjual rumah kos rendah atau rumah mampu milik, adakah saya perlu mendapatkan kelulusan mana-mana pihak?

Kelulusan PKNS diperlukan bagi pemilikan hartanah kurang daripada lima (5) tahun bagi tujuan penjualan semula rumah kos rendah atau rumah mampu milik.

8.Unit kediaman saya belum memiliki hakmilik (geran). Bolehkah saya membuat pinjaman semula (refinance) unit tersebut?

Pemilik boleh membuat pinjaman semula kediaman yang belum memiliki hakmilik (geran) dan berurusan terus dengan pihak bank.

9.Saya difahamkan PKNS menawarkan rebat untuk urusan pindahmilik. Bilakah tempoh rebat ini akan tamat?

Tawaran rebat untuk urusan pindahmilik akan tamat pada 31 Disember 2020.

 

1. Bagaimanakah cara untuk saya melaporkan sebarang aduan?

i. Aduan boleh dibuat melalui:

  1. Laman web https://aduan.pkns.gov.my/ atau
  2. Hubungi talian 0355250300 (1922) atau
  3. Email di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau
  4. Facebook PKNS Careline

ii. Hadir ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan di:
Bangunan Ibu Pejabat PKNS
No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2.Setelah mendapatkan kunci unit hartanah yang dibeli, bagaimanakah untuk saya membuat sebarang aduan?

Sila isi Borang Aduan Pelanggan ADP-01 yang disertakan semasa menerima kunci unit hartanah atau layari laman sesawang https://aduan.pkns.gov.my/ untuk membuat aduan.

3.Berapa lamakah Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) untuk hartanah yang saya beli?

Jaminan yang diberikan bagi hartanah PKNS adalah seperti berikut:

  1. Tempoh DLP selama 24 bulan bagi pembelian hartanah sebelum mendapat Certificate of Completion and Compliance (CCC)
  2. Tempoh DLP selama 6 bulan bagi pembelian rumah selepas mendapat Certificate of Completion and Compliance (CCC)

4.Berapa lamakah masa yang diambil oleh PKNS dalam mengambil tindakan bagi aduan kerosakan?

PKNS akan mengambil tindakan segera bergantung kepada jenis aduan mengikut kategori kerosakan.

5.Adakah PKNS akan menghubungi saya bagi temujanji pembaikan aduan unit hartanah saya?

PKNS akan menghubungi pengadu secara terus samada melalui telefon atau emel. Pengadu perlu memberi kerjasama penuh jika dihubungi oleh pihak kontraktor PKNS.

 

6.Bolehkah saya mengadu mengenai Joint Management Body (JMB) / Perbadanan Pengurusan (PP) yang tidak aktif di projek kediaman saya?

Untuk sebarang aduan mengenai JMB / PP yang tidak aktif, sila berhubung dengan Pesuruhanjaya Bangunan (COB) mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Senarai maklumat COB boleh didapati di laman sesawang https://www.hba.org.my/help/COB-LIST.htm

7.Oleh kerana Joint Management Body (JMB) / Perbadanan Pengurusan (PP) saya tidak aktif, bolehkah PKNS membantu menyelesaikan sebarang kerosakan di unit kediaman saya?

  1. PKNS tidak lagi bertanggungjawab terhadap sebarang aduan projek kediaman yang telah diwujudkan JMB / PP. 
  2. Tanggungjawab membaiki kerosakan pangsapuri adalah dibawah JMB / PP. Sekiranya JMB / PP tidak aktif, sila hubungi Pesuruhanjaya Bangunan (COB) seperti senarai di laman sesawang https://www.hba.org.my/help/COB-LIST.htm

1. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat mengenai kekosongan jawatan di PKNS?

Sebarang kekosongan jawatan di PKNS akan diiklankan di capaian https://www.pkns.gov.my/my/hubungi-kami/kerjaya

2.Bagaimanakah saya boleh mengetahui keputusan jawatan kosong yang dipohon?

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan bagi menghadiri sesi saringan / temuduga. Pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

3.Saya berminat untuk menjalani latihan amali (internship) di PKNS. Apakah syarat dan bagaimana untuk memohon?

i. Permohonan bagi latihan amali di PKNS dibuka sepanjang tahun kepada pelajar-pelajar IPT yang berminat dan tertakluk kepada kursus pengajian yang bersesuaian dan kekosongan penempatan.

ii. Syarat-syarat permohonan latihan amali adalah seperti berikut:

  1. Keutamaan adalah dari kalangan pelajar kelahiran Negeri Selangor
  2. Permohonan perlu dikemukakan tiga (3) bulan sebelum tarikh menjalani latihan

iii. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:

  1. Surat permohonan oleh pelajar
  2. Surat sokongan dari IPT pemohon 
  3. Resume (CV) pelajar
  4. Transkrip penuh peperiksaan sepanjang pengajian

iv. Dokumen yang lengkap boleh dihantar ke:

Bahagian Sumber Manusia
Bangunan Ibu Pejabat PKNS
Blok B, Tingkat 4,
No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi 03-55250300 sambungan 1257 atau email kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

4.Di manakah saya boleh membuat pembayaran bil cukai petak?

Pembayaran bil cukai petak boleh dijelaskan di:

  1. Kaunter Pejabat Tanah & Galian Selangor (PTGS) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)
  2. Secara atas talian (online payment) di eHasil dengan melayari https://ehasil.selangor.gov.my melalui Financial Process Exchange (FPX)
  3. Kaunter Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor
  4. Semua KIOSK Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  5. Secara Perbankan Internet
  6. Di POS Malaysia (Lembah Klang sahaja)

5.Saya tinggal di pangsapuri milik PKNS. Bagaimanakah jika saya ingin mendapatkan bil cukai petak untuk membuat pembayaran?

  1. Sila berhubung dengan pihak Joint Management Body (JMB) pangsapuri kerana PKNS menghantar bil cukai petak kepada pihak mereka.
  2. Bagi pangsapuri yang belum ditubuhkan JMB, PKNS akan mengedarkan bil cukai petak kepada semua pemilik.
  3. Secara atas talian di laman web Pejabat Tanah & Galian Selangor di https://ptg.selangor.gov.my/

6.Bagaimanakah cara saya ingin membayar caj penyelenggaraan bagi unit pangsapuri yang telah diwujudkan Joint Management Body (JMB) / Perbadanan Pengurusan (PP)?

Sila berhubung dengan AJK JMB / PP pangsapuri bagi mendapat makluman berkenaan cara pembayaran caj penyelenggaraan.

7.Selain dari kaunter pejabat PKNS, di manakah saya boleh membuat bayaran penyelenggaraan (MC) unit pangsapuri saya?

Pembayaran boleh dibuat secara atas talian seperti berikut:

  1. Sistem Pembayaran Online ePay PKNS di http://epay.pkns.gov.my
  2. Pos Online
  3. CIMB Clicks

8.Bilakah bil penyelenggaraan unit pangsapuri saya diedarkan?

Pada atau sebelum 7 haribulan pada setiap bulan. 

9.Apakah proses untuk saya menukar bil utiliti kepada nama saya sendiri?

Sila bawa Salinan Perjanjian Jual Beli ke Tenaga Nasional Berhad / Syabas / Indah Water Konsortium untuk urusan menukar nama daripada PKNS kepada nama pemilik dalam bil utiliti. 

10.Bagaimanakah jika saya ingin menuntut wang lebihan bayaran caj penyelenggaraan dari PKNS?

Tuntutan lebihan bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan kepada Bahagian Urus Harta PKNS dan dialamatkan ke:

Bahagian Urus Harta PKNS
Tingkat 3, Kompleks PKNS Shah Alam,
40505 Shah Alam, Selangor 

11.Bagaimanakah saya ingin mendapatkan maklumat pembekal projek binaan unit kediaman saya bagi tujuan membuat pengubahsuaian?

Pembeli boleh berhubung dengan Bahagian Pengurusan Projek bagi kawasan yang terlibat:-

  1. Bahagian Pengurusan Projek Wilayah Tengah 
    (Antara Gapi / Bernam Jaya / Kota Puteri / Rasa)
    Bangunan Ibu Pejabat PKNS
    No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
    40000 Shah Alam, Selangor
    Tel: 03-5525 0300
  2. Bahagian Pengurusan Projek Wilayah Utara 
    (Kota Damansara / Shah Alam / Alam Nusantara / Kuala Selangor / Bandar Sultan Suleiman)
    Tingkat 2, Kompleks PKNS Shah Alam,
    40505 Shah Alam, Selangor
    Tel: 5525 0300
  3. Bahagian Pengurusan Projek Wilayah Selatan 
    (Bandar Baru Bangi / Selangor Cyber Valley)
    Tingkat 5, Kompleks PKNS Bangi, Persiaran Bangi
    43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
    Tel: 03-5525 0300

 

12.Adakah bahan kemasan dalaman projek hartanah PKNS mempunyai tempoh jaminan?

Semua tempoh jaminan terhadap produk adalah bersamaan dengan Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) sesuatu unit hartanah berdasarkan dokumen Perjanjian Jual Beli (S&P). Walaubagaimanapun, tempoh jaminan tersebut akan terbatal apabila pembeli melakukan kerja-kerja pengubahsuaian terhadap mana-mana bahagian atau kawasan dalam unit hartanah yang dibeli.

13.Bilakah waktu operasi Muzium Warisan PKNS?

Waktu Operasi Muzium Warisan PKNS adalah seperti berikut:

Isnin hingga Jumaat (Kecuali Cuti Am)

9:00 pagi - 4:30 petang

Waktu Rehat

Isnin hingga Khamis

1:00 petang - 2:00 petang

Jumaat

12:15 tengahari - 2:45 petang

Terbuka kepada umum

 

14.Adakah saya akan dikenakan bayaran untuk melawat Muzium Warisan PKNS?

Kemasukan adalah percuma

15.Jika saya berminat untuk melawat Muzium PKNS secara berkumpulan, siapakah yang boleh dihubungi?

Bagi permohonan lawatan secara berkumpulan, pelawat boleh menghubungi Muzium Warisan PKNS ditalian 03-55250300 samb. (1076) atau mengisi borang secara atas talian di laman sesawang http://muziumwarisan.pkns.gov.my/

16.Bagaimanakah proses jika saya ingin memohon Certificate of Completion and Compliance (CCC) / Sijil Perakuan Kelayakan (CF) / pelan unit kediaman saya?

Pembeli perlu memuat turun borang dan hadir ke Bahagian Arkitek PKNS bagi proses selanjutnya di:

Bahagian Arkitek, 
Bangunan Ibu Pejabat PKNS
Blok C, Tingkat 3,
No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-55250300 samb. (1365)

 Bil Nama Borang  Pautan
 1.  Borang Aduan Pelanggan PKNS Muat Turun
 2. Borang Permohonan Pelan CF Muat Turun
3. Borang Permohonan Menukar Milik Hartanah PKNS Muat Turun
4. Borang Permohonan Lot Kedai/Pejabat Muat Turun