Buy & Win, Beli Terus Onz, Big Bonus PKNS Homes 2025

                                                 

Buy & Win, Beli Terus Onz, Big Bonus PKNS Homes 2025

Penganjur : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Bangunan Ibu Pejabat PKNS,
No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Kempen : BUY & WIN
1. PKNS Homes Beli Terus Onz!
2. PKNS Homes Big Bonus

Tempoh Kempen : 1 September 2025 – 30 November 2025

Syarat Kelayakan

1. Kempen ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas serta memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

2. Penganjur berhak untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti bagi tujuan pengesahan identiti peserta.

3. Kakitangan penganjur, syarikat-syarikat sekutu penganjur, serta ahli keluarga terdekat (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan masing-masing); dan

4. Kakitangan ejen atau kontraktor yang dilantik oleh penganjur berhubung dengan kempen ini, serta ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan masing-masing) adalah JUGA LAYAK untuk menyertai Kempen ini.

Hartanah Terlibat

Senarai hartanah PKNS yang terlibat dalam kempen ini adalah seperti yang berikut:

1. PKNS Homes Beli Terus Onz
1.1 Residesi
1.1.1 Opal Residensi (Duplex)
1.1.2 Alena
1.1.3 Hijauan Enklaf (Banglo)
1.1.4 Hijauan Enklaf (Semi-D)
1.1.5 Datum Jelatek

1.2 Komersial
1.2.1 Menara U & U2
1.2.2 Anggun Avenue
1.2 3 The Strand

2. PKNS Homes Big Bonus
1.1 Residensi
1.1.1 Puteri Ariana 1
1.1.2 Ixora
1.1.3 Aludra
1.1.4 Adhara
1.1.5 Auva
1.1.6 Linkar 52

Kaedah Penyertaan

Cara Penyertaan Kempen
1. Beli mana-mana unit hartanah PKNS yang disenaraikan di Perkara 5.

2. Tandatangani Perjanjian Jual Beli (PJB) sebelum atau selewatnya pada 30 November 2025.

3. Sebarang PJB yang diterima di luar tempoh kempen, atas apa jua sebab sekalipun, tidak akan diterima atau dilayan dan secara automatik akan hilang kelayakan

Hak Penganjur & Perubahan Terma
Penganjur berhak pada bila-bila masa, tanpa notis, untuk mengubah terma, memanjangkan/memendekkan tempoh kempen, mengganti hadiah, atau membatalkan kempen, tanpa sebarang liabiliti. Peserta yang meneruskan penyertaan dianggap menerima sebarang perubahan.

Keputusan Penganjur
Semua keputusan penganjur termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Pemilihan Pemenang

1. Pemenang akan dipilih berdasarkan prinsip first come, first served mengikut peserta terawal yang menandatangani PJB seperti dinyatakan di bawah:-
i) 10 Pemenang x September (10 peserta terawal yang menandatangani PJB pada bulan September)
ii) 10 Pemenang x Oktober (10 peserta terawal yang menandatangani PJB pada bulan Oktober)
iii) 10 Pemenang x November (10 peserta terawal yang menandatangani PJB pada bulan November)

2. Keputusan pemenang akan diumumkan melalui media sosial rasmi PKNS Homes pada Disember 2025.

3. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pemberitahuan.

Syarat Penebusan Hadiah

1. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau diubah dari segi model, warna, aksesori dan sebagainya.

2. Segala kos berkaitan penebusan hadiah (seperti penghantaran, perjalanan, pendaftaran atau caj perkhidmatan lain) dan liabiliti cukai adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

Syarat Tuntutan / Serahan Hadiah Kempen

1. Hanya pemenang yang dibenarkan untuk menuntut hadiah; tuntutan pihak ketiga tidak dibenarkan.

2. Jika pemenang gagal menuntut dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyerahan hadiah, kelayakan pemenang dibatalkan tanpa perlu memaklumkan kepada pemenang terlebih dahulu.

Akujanji Peserta

Peserta memberi akujanji kepada penganjur seperti berikut:-
1. Bahawa Peserta telah memenuhi syarat kelayakan untuk menyertai kempen;

2. Bahawa Peserta akan mengemukakan bukti apabila diminta oleh penganjur termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kad pengenalan bagi tujuan pengesahan identiti untuk Kempen; dan

3. Bahawa semua kenyataan (tersedia atau diperlukan) yang dikemukakan oleh peserta kepada penganjur adalah benar, betul, tepat dan lengkap untuk tujuan Kempen.

Pelucutan Kelayakan Penyertaan

Penyertaan berikut akan dilucutkan kelayakan:
1. Sekiranya peserta membatalkan Perjanjian Jual Beli (PJB) sebelum atau pada 30 November 2025; dan/atau

2. Penyertaan yang melanggar mana-mana terma & syarat, undang- undang dan/atau peraturan yang berkenaan.

Selain itu, penganjur berhak untuk melucutkan kelayakan mana-mana peserta yang:
1. Telah atau cuba menjejaskan perjalanan kempen melalui perbuatan rasuah, pemalsuan atau penipuan; dan/atau

2. Tidak layak atau gagal mengemukakan bukti kelayakan untuk menyertai kempen ini bagi tujuan pengesahan apabila diminta oleh penganjur.

Sekiranya pelucutan kelayakan berlaku selepas hadiah diberikan, penganjur berhak menuntut semula pemulangan hadiah tersebut atau bayaran dengan nilai yang sama daripada peserta yang dilucutkan kelayakannya.

Hak Milik Harta Intelek

Semua hak milik harta intelek bagi kandungan/bahan yang dikemukakan, dihasilkan atau dicipta oleh pemenang berkaitan Kempen (termasuk hasil terbitan) menjadi hak kekal penganjur.

Nama, tanda dagangan dan logo yang digunakan dalam sebarang bahan kempen adalah hak milik pemilik masing-masing dan tidak dianggap sebagai milik penganjur, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.
Penganjur berhak menggunakan, mengubah suai, mengeluarkan semula atau mengedarkan bahan tersebut mengikut budi bicara, tanpa sebarang bayaran/pampasan kepada pemenang.
Pemenang mengetepikan semua tuntutan atau hak terhadap bahan tersebut.

Notis Privasi

Selaras Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024, maklumat peribadi peserta hanya akan digunakan bagi tujuan Kempen sahaja. Dengan menyertai Kempen, peserta bersetuju bahawa:-
1. Penganjur boleh memproses dan mendedahkan nama/gambar untuk pengiklanan atau publisiti tanpa bayaran.

2. Maklumat boleh digunakan untuk menghubungi peserta bagi tujuan pemasaran, kempen atau acara.

Penganjur berhak mengumpul dan menggunakan maklumat pemenang seperti berikut:-
1. Nama, jantina, umur & nombor kad pengenalan;
2. Alamat surat-menyurat; dan
3. Nombor telefon

Peserta membenarkan Penganjur menggunakan butiran peribadi Peserta bagi tujuan berikut:-
(a) Pengiklanan, publisiti & promosi kempen/barangan penganjur di mana-mana media tanpa bayaran/pampasan.

Nota: Maklumat peribadi diperlukan untuk memproses penyertaan & tuntutan hadiah. Tanpa maklumat ini, penganjur tidak dapat memproses penyertaan.

Lain-lain Syarat

1. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan untuk memenuhi kewajipan kempen akibat keadaan di luar kawalan Penganjur dan tidak akan memberikan sebarang pampasan kepada peserta dalam situasi tersebut.

2. Peserta tidak dibenarkan menyerahkan atau mengalihkan hak atau kewajipan Peserta di bawah kempen ini. Penganjur berhak, mengikut budi bicara Penganjur, untuk menyerahkan atau melesenkan hak Penganjur kepada mana-mana pihak ketiga.
3. Sekiranya mana-mana terma didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, ia tidak akan menjejaskan kesahihan dan penguatkuasaan terma-terma lain yang terkandung di sini.

4. Sekiranya terdapat percanggahan tafsiran antara versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Melayu bagi terma & syarat ini, versi Bahasa Melayu akan digunapakai. Terma & syarat ini hendaklah ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Skip to content