PDPA

Kenyataan Umum
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)  dengan ini memaklumkan kepada anda, iaitu pelanggan atau bakal pelanggan yang kami hargai bahawa kami menghormati hak perlindungan data anda dan mematuhi prinsip-prinsip serta langkah-langkah yang sesuai bagi melindungi sepenuhnya data peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang berkuatkuasa di Malaysia pada 15 November 2013. Akta ini digubal untuk mengawalselia pemprosesan data peribadi di dalam transaksi komersil dan untuk apa juga perkara berkaitan dengannya.

Pengumpulan Data Peribadi
Kami tidak mengumpul maklumat atau memproses data peribadi anda tanpa persetujuan anda kecuali bagi data yang diberikan kepada kami melalui emel dan/atau melalui pengisian borang-borang atas talian. Berdasarkan Polisi Perlindungan Data ini, “data peribadi anda” bermaksud maklumat mengenai anda atau sebahagian daripada maklumat yang boleh mengenalpasti identiti anda secara langsung atau tidak langsung. Ini termasuklah maklumat seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, gambar profil, alamat emel, nombor telefon dan mungkin juga termasuk maklumat seperti alamat IP komputer anda.

Penggunaan Data Peribadi
Sekiranya data yang diberikan kepada kami boleh mengenalpasti  anda, kami hanya akan memproses atau menggunakan data peribadi berkenaan bagi tujuan ianya diperolehi dan tidak akan menggunakannya bagi sebarang tujuan lain. Walau bagaimanapun, data berkenaan hanya boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dan statistik bagi mempertingkatkan perkhidmatan kami serta menjadikan kandungan laman sesawang ini lebih mesra pengguna setelah menjadikan data berkenaan sebagai umum.

Kami mengklasifikasikan data peribadi anda sebagai sulit dan tidak akan menggunakannya bagi sebarang tujuan komersil. Kami tidak akan berkongsi, mendedahkan atau menjual data peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan anda kecuali ianya dikehendaki oleh undang-undang atau perintah mana-mana mahkamah.

Sekiranya data peribadi anda diperlukan untuk apa-apa tujuan selain tujuan ianya dikumpul, kami akan mendapatkan persetujuan baru dari anda. Selagi persetujuan itu tidak diterima, kami tidak akan menggunakan data berkenaan dan tidak akan mendiskriminasi anda dalam perkhidmatan kami disebabkan oleh penolakan itu.

Penyimpanan Data Peribadi
Kami tidak akan menyimpan data peribadi anda melebihi tempoh masa yang diperlukan. Setelah tujuan pengumpulan itu dipenuhi, kami akan memusnahkan data berkenaan secara kekal.

Keselamatan Data Peribadi
Perlindungan data peribadi anda yang diamanahkan kepada kami adalah menjadi keutamaan kami. Bagi melindungi data peribadi anda, kami mengambil langkah berhemah bagi memastikan semua pangkalan data elektronik dan penghantaran data peribadi anda menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai agar data berkenaan boleh dilindungi dari kehilangan, penyalahgunaan, modifikasi, akses atau pendedahan tidak sengaja atau tanpa kebenaran, pengubahsuaian yang tidak sengaja atau pemusnahan dan pemalsuan. 

Akses Kepada Data Peribadi Serta Pembetulannya
Anda dibenarkan mengakses dan membuat pembetulan ke atas data peribadi anda. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan data peribadi anda melalui:

Pegawai Hubungan : Encik Mohd Saleh Bin Bogal
No. Telefon : 03-5525 0300 sambungan 1302
Emel : saleh@pkns.gov.my 

Penggunaan “Cookies” dan Maklumat Teknikal
Laman sesawang kami tidak menggunakan “cookies,” kecuali untuk tempoh sementara bagi membantu pelawat pelayar sesawang untuk menjejaki laman-laman yang telah dilayari. Pelawat-pelawat boleh menggunakan sepenuhnya kandungan laman sesawang ini sekali pun “cookies” tidak diaktifkan dari pelayar sesawang.

Hubungan Dengan Pautan Laman Sesawang Pihak Ketiga
Laman ini mungkin mempunyai pautan ke laman sesawang organisasi-organisasi lain yang mana amalan privasi dan perlindungan data mereka mungkin berbeza dari kami. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan dan amalan perlindungan data laman sesawang berkenaaan dan kami mengesyorkan anda merujuk kepada notis perlindungan data laman sesawang berkenaan atas pilihan dan risiko anda sendiri.

Pindaan Kepada Polisi Perlindungan Data
Kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini dan/atau meminda Polisi ini mengikut keperluan dari semasa ke semasa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Kami menasihatkan supaya anda menyemak Polisi ini di laman web kami secara kerap.

Penarikan Balik Persetujuan
Anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan yang telah diberikan kepada kami bagi pemprosesan dan penggunaan data peribadi anda pada bila-bila masa.

Dasar Privasi

Skip to content