ESPA

ESPA

HOW TO GET STARTED

FOLLOW THIS STEPS :

step-step
step-1
step-2
step-3

Soalan Lazim e-SPA

(Electronic Sales and Purchase Agreement)

 

e-SPA ialah Perjanjian Jual Beli (SPA) yang dilaksanakan secara elektronik, tanpa perlu tandatangan fizikal di pejabat. Semua proses tandatangan dibuat secara dalam talian melalui sistem yang selamat dan sah di sisi undang-undang. E-SPA hanya terpakai kepada hartanah kediaman yang masih dalam pembinaan dan tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (HDA). Penguatkuasaan e-SPA ini bermula 1 Januari 2026. 

 

Ya. e-SPA telah diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan mempunyai kesan perundangan yang sama seperti Perjanjian Jual Beli sebelum ini. 

 

Antara kelebihannya:

  • Lebih cepat & mudah
  • Tidak perlu hadir secara fizikal
  • Menjimatkan masa & kos
  • Dokumen lebih tersusun dan selamat
  • Boleh ditandatangani di mana-mana sahaja 

Sebelum menandatangan e-SPA, pembeli perlu;

  • Memuat turun aplikasi iDSaya (daripada Google Play atau App Store)
  • Membuat pengesahan identity pembeli melalui aplikasi tersebut
  • Mengesahkan butiran pembeli seperti Nama, No Kad Pengenalan, No telefon dan Alamat Hartanah dengan pemaju.
  • Memastikan Surat Tawaran Pembiayaan telah diterima
id-saya

Aplikasi iDSaya ialah aplikasi pengesahan identiti digital yang dibangunkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ia digunakan untuk mengesahkan identiti pengguna secara dalam talian dengan selamat, terutamanya bagi urusan yang memerlukan pengesahan identiti seperti tandatangan elektronik dan transaksi digital.

Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat pengesahan identiti tanpa perlu hadir secara fizikal, sekali gus memastikan proses adalah lebih mudah, pantas dan selamat.

Peguam yang dilantik perlu hadir semasa proses penandatanganan e-SPA bagi membimbing pembeli sepanjang proses tersebut. Pembeli boleh menghubungi peguam yang dilantik untuk mendapatkan panduan lanjut.

Proses penandatanganan e-SPA adalah seperti berikut:

  1. Pembeli akan menerima e-mel daripada sistem HIMS

  2. Klik pautan yang disediakan dalam e-mel tersebut

  3. Semak butiran e-SPA dengan teliti

  4. Ikuti arahan yang dinyatakan dalam e-mel untuk membuat tandatangan secara digital

  5. e-SPA akan dimatikan setem setelah semua pihak selesai menandatangani perjanjian

Tidak perlu. Keseluruhan proses boleh dibuat secara dalam talian, kecuali jika dimaklumkan sebaliknya.

Ya. Pembeli boleh memuat turun dan mencetak salinan e-SPA untuk simpanan peribadi selepas proses selesai.

Ya. Sistem e-SPA menggunakan ciri keselamatan dan perlindungan data bagi memastikan maklumat peribadi pembeli kekal sulit dan terjamin.

Sekiranya anda tidak dapat mendaftar kerana tidak mempunyai nombor telefon Malaysia atau merupakan individu kurang upaya, anda perlu mengemukakan permohonan secara manual melalui Post DigiCert Helpdesk dengan menghantar e-mel ke customercare@postdigicert.com.my beserta dokumen berikut:

  1. Borang permohonan individu yang telah diisi lengkap

  2. Salinan MyKad / Pasport

Pasukan iDSaya akan menyemak dan mengesahkan identiti anda secara manual selepas menerima permohonan.

Skip to content