Syarat Penggunaan

Semua maklumat yang terkandung di dalam ini adalah tepat pada masa disiarkan. Walaupun segala bentuk perhatian diberikan semasa laman web ini disediakan, PKNS tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Mana-mana rujukan dibuat oleh PKNS dalam laman web ini terhadap syarikat atau entiti lain, pada perkhidmatan atau produk mereka, bukanlah satu bentuk sokongan atau menandakan persetujuan terhadap kualiti atau kesesuaian tujuan syarikat atau entiti tersebut, ataupun perkhidmatan atau produk mereka.

Pautan dalam laman web ini membolehkan anda meninggalkan laman web PKNS. Laman yang dipautkan bukanlah di bawah kawalan PKNS dan kami tidak bertanggungjawab terhadap isi kandungan mana-mana laman yang dipautkan atau mana-mana pautan yang terkandung di dalamnya, atau mana-mana perubahan atau pengemaskinian pada laman sedemikian. PKNS hanya memaparkan pautan tersebut untuk kemudahan pengguna, dan ia tidak menandakan sokongan terhadap laman yang dipautkan.

Hak Cipta

Semua kandungan editorial, grafik dan hasil kerja multimedia dalam laman ini dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan perjanjian antarabangsa, dan dimiliki oleh PKNS dan/atau pembekalnya. Hasil kerja, logo, grafik, bunyi dan imej ini tidak boleh disalin, dihasilkan semula atau ditiru sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, melainkan dibenarkan dengan jelas oleh PKNS. PKNS mengalu-alukan permintaan untuk menggunakan kandungan atau material yang digunakan di laman web ini. Kebenaran akan diberikan berdasarkan pertimbangan dan pihak yang berminat diminta untuk menghantarkan emel ke: general @ pkns.gov.my

Polisi Privasi

Apabila anda mendaftar kami mungkin meminta maklumat seperti nama, alamat emel, tarikh lahir, jantina, poskod, nombor telefon, pekerjaan, industri dan kegemaran peribadi anda. Kami mengumpul maklumat ini supaya kami dapat memberikan maklumat yang bersesuaian dengan anda. PKNS tidak akan menyewa, menjual, atau berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak lain atau syarikat bukan gabungan melainkan untuk memberikan perkhidmatan dan produk yang telah anda minta.

PKNS mungkin mengumpul maklumat mengenai aktiviti anda di laman web ini dan aktiviti dalam talian lain yang berkaitan. Kami menggunakan maklumat ini untuk analisis dalaman tentang aktiviti dalam talian kami dan untuk memberikan kepada anda maklumat yang anda minati secara lebih baik. Kami memberikan maklumat bersama rakan pemasaran kami yang bertugas bagi pihak PKNS di bawah perjanjian kerahsiaan. Syarikat-syarikat ini mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk membantu kami berhubung dengan anda tentang tawaran dan promosi kami. Bagaimanapun, syarikat-syarikat ini tiada hak tesendiri untuk menggunakan atau mengongsikan maklumat ini.

Polisi Keselamatan

Teknologi termaju digunakan untuk melindungi data yang diberikan kepada kami dan piawaian keselamatan yang ketat digunakan untuk mengelakkan akses tanpa izin. Untuk melindungi data peribadi anda, semua penyimpanan dan penghantaran elektronik data peribadi adalah terjamin dan disimpan dengan teknologi keselamatan yang bersesuaian.