logo rasmi pkns bahasa melayu
Search
Close this search box.

Dasar Privasi

Privasi Anda
Laman ini menjelaskan dasar privasi yang meliputi penggunaan dan perlindungan maklumat yang diserahkan oleh pelawat. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar emel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini boleh dikongsikan dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan atau merekodkan aduan, maklumat yang diperoleh disalurkan kepada agensi kerajaan yang lain.

Data Peribadi
Pelawat boleh diminta untuk memberikan maklumat peribadi seperti nama dan alamat emel mereka bagi perkhidmatan di laman sesawang ini. Perkhidmatan tersebut adalah menghantar notis melalui emel, maklum balas di laman sesawang atau cadangan tentang idea/aplikasi. Semua maklumat peribadi yang diberikan di laman sesawang ini tidak boleh didedahkan kecuali dengan kebenaran undang-undang.

Maklumat yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi anda disimpan apabila anda melayari laman sesawang ini kecuali maklumat yang anda berikan melalui permintaan penerbitan, hantaran emel atau langganan perkhidmatan emel di laman sesawang ini.

Laman sesawang ini hanya mengongsikan maklumat anda kepada agensi kerajaan lain jika pertanyaan anda berkait dengan agensi tersebut, atau sebaliknya sekiranya diperlukan. Laman sesawang ini tidak mengumpul maklumat atau mencipta profil individu untuk pemasaran komersil.

Log Maklumat
Apabila anda melayari laman sesawang ini, kami boleh menyimpan log maklumat yang berikut secara automatik seperti alamat protokol Internet, tarikh dan masa, nama laman sesawang yang anda pautkan, nama fail atau perkataan yang anda cari, butiran yang anda klik di laman sesawang ini, dan pelayar serta sistem operasi yang anda gunakan.

Log maklumat digunakan untuk menghitung bilangan pelawat yang melayari laman sesawang ini dan untuk mengenal pasti prestasi atau masalah di dalam sistem. Kami juga menggunakan maklumat tersebut untuk membantu membangunkan laman sesawang, menganalisis corak penggunaan, dan untuk menjadikan laman sesawang ini lebih berguna. Laman sesawang ini tidak berkongsi atau menjual data pelawat untuk tujuan pengiklanan, pemasaran atau apa-apa tujuan komersil lain.

Penggunaan Kuki
Laman sesawang ini menghasilkan kuki yang dikumpul oleh pelayan laman sesawang untuk membolehkannya mengenal pasti anda dalam lawatan seterusnya. Kuki tidak menyimpan data anda secara kekal and juga tidak disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Kuki akan dipadam sebaik sahaja anda menutup pelayar anda.

Pautan kepada Laman Sesawang Lain
Laman sesawang ini mempunyai pautan kepada laman sesawang lain. Dasar privasi hanya terpakai kepada laman sesawang ini. Penting untuk diingat bahawa laman sesawang dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pelawat dinasihati untuk meneliti dan memahami dasar privasi setiap laman sesawang yang dilayari.

 

 

Skip to content