KASIH merupakan penjenamaan bagi aktiviti Program Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) PKNS yang dilancarkan pada 25 Februari 2012 oleh Yang Berhormat Tuan Ir Iskandar sempena Program Baik Pulih Rumah di Sabak Bernam.
Ke arah transformasi PKNS dalam arus globalisasi, PKNS sentiasa mengimbangi setiap pembangunan dengan tanggungjawab sosialnya kepada semua pihak.
Selaras dengan itu, KASIH PKNS merupakan sebagai satu inisiatif dan keprihatinan PKNS kepada rakyat Selangor di mana PKNS sentiasa bersedia menghulurkan sumbangan dan bantuan sentiasa menekankan aspek pembangunan yang vibran dan lestari bagi memastikan setiap penduduk yang mendiami perumahan PKNS menikmati suasana kehidupan yang selesa dan harmoni serta memenuhi kehendak komuniti melalui pengagihan yang saksama.
"Membina Komuniti, Memperkasa Kehidupan... Merealisasi Impian"
Hubungi
Tel: 603 - 5525 0326
Emel : atteya[at]pkns.gov.my
Web : www.mypkns.my/kasih-pkns/