De Palma Hotels

DePalmaHotelsLogo

Penceburan kami dalam industri hospitaliti dipelopori oleh anak syarikat milik penuh kami, De Palma Hotels. Ditubuhkan pada 1996, kumpulan tersebut mempunyai lima rangkaian hotel yang merangkumi De Palma Ampang, De Palma Inn Shah Alam, De Palma Inn Kuala Selangor dan De Palma Inn Sepang. Ia juga mengendalikan dua Palma Cafes di SACC Mall Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi, termasuk juga De Palma Seminar & Conference Centre di Petaling Jaya. De Palma Hotels adalah unik kerana kejayaannya bertukar dari sebuah kumpulan hotel konvensional kepada organisasi yang mematuhi syariah. Ia merupakan penerima anugerah Best Service Provider of the Year dan Best Management of the Year semasa majlis 4th Business of the Year Awards Ceremony, anjuran SMI & SME Worldwide Network.

Pusat Konvensyen Shah Alam

SACC-Logo

Dilancarkan pada 2009, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC Convec) adalah sebahagian daripada usaha PKNS untuk meletakkan Selangor sebagai pusat untuk industri MICE tempatan dan antarabangsa. Dengan kawasan terbina 19,385 meter persegi, ia mempunyai ciri-ciri kemudahan dan ameniti yang canggih, termasuk dewan utama yang boleh memuatkan 3,000 pengunjung pada satu-satu masa, lapan bilik seminar dan dewan pleno. Dari susun atur bilik pra-majlis yang terbuka dan kontemporari ke ruang pameran, mesyuarat dan bankuet yang luas, SACC Convec memberikan suasana moden bagi konvesyen, pameran, mesyuarat, acara sosial dan majlis tertutup yang dianjurkan. Oleh kerana pengayaan kontemporari, kemudahan lengkap dan kadar kompetitifnya, pusat induk ini telah berjaya mendapatkan penganjuran beberapa acara bertaraf dunia sejak ianya dibuka. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi

Kelab Golf Seri Selangor (KGSS)

KGSS-Logo

Kelab Golf Seri Selangor bukan sahaja telah menjadi lokasi para pemain golf di semua peringkat, malah sering juga dikunjungi oleh kerabat diraja dan golongan ternama. Teruja dengan sambutan baik yang diterima dan menyedari hakikat para pemain golf yang terdedah dengan keterikan matahari, maka aktiviti bermain golf di waktu malam telah diperkenalkan pada April 2001. Kini dengan menerima hampir 6,000 pusingan sebulan atau 200 pusingan sehari, ia menjadi salah satu padang golf yang paling sibuk di kawasan Lembah Klang.

Sebagai padang golf awam pertama di negara ini, Kelab Golf Seri Selangor telah membuka jalan kepada setiap lapisan masyarakat untuk merasai sendiri bermain sukan Diraja dan Klasik ini. Malah, pembukaan rasmi kelab ini pada tahun 1998 telah menandakan satu era baharu sukan golf dalam negara. Ross Watson telah mereka bentuk Kelab Golf Seri Selangor yang berukuran 6,374 meter par 72 dan merupakan antara hasil ciptaan beliau yang paling mengagumkan. Mula beroperasi pada tahun 1998, padang golf ini memiliki ciri halangan yang pasti akan cuba dielakkan para pemainnya. Ia dibarisi pokok-pokok yang tinggi, kolam takungan, tasik atau anak-anak sungai berliku yang banyak, bersama-sama dengan lintasan yang beralun.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi

Worldwide

Pengurusan Alam Sekitar

Worldwide Holdings Berhad (WHB) merupakan salah satu daripada syarikat subsidiari yang dimiliki PKNS. Pengurusan alam sekitar adalah merupakan aktiviti utama yang diuruskan oleh WHB.

Penglibatan WHB di dalam bidang perkhidmatan pengurusan alam sekitar bermula sejak tahun 1995, melalui anak syarikatnya, Worldwide Landfills Sdn Bhd (WLSB) yang mana syarikat ini mengendalikan, mengurus dan menyelenggara sisa bahan buangan di loji kumbahan yang terletak di Air Hitam, Puchong.

Operasi pengurusan alam sekitar WHB telah berkembang dengan menerokai bidang yang berlainan, termasuk pusat pengendalian loji yang menggunakan kuasa gas, dan juga usaha bersama Inert Waste Landfill di Dengkil, Domestic Waste Transfer Station, Seksyen 21 Shah Alam, dan juga bersama World Waste Solution GmbH, sebuah syarikat dari Jerman yang menyedia dan membina stesen pemindahan.

Melalui kepakaran yang luas, pengalaman dan pengetahuan, WHB yang terkenal dengan perancangan, pembangunan utama dan implementasi bagi projek-projek pengurusan perniagaan seperti stesen pemindahan, aktiviti bagi loji sedia ada, pelupusan sampah, stesen janakuasa gas, dan sebagainya.

Jana Kuasa

WHB mempunyai sebanyak 20 peratus kepentingan di dalam Genting Sanyen Power Sdn Bhd (GSP), sebuah syarikat janakuasa persendirian. GSP adalah pemilik dan pengendali Stesen Janakuasa sebesar 720MW di Kuala Langat, Selangor, yang memulakan operasinya pada bulan April 1996.

Melalui Perjanjian Pembelian Kuasa selama 21 tahun, penjanaan kapasiti kasar, dan kuasa elektrik telah dijual kepada Tenaga Nasional Berhad.

Pegangan-pegangan WHB di dalam GSP telah memberikan keuntungan yang stabil kepada kumpulan, dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM56.3 juta pada tahun 2003. Pada tahun tersebut juga, dividen pertama berjumlah RM94.4 juta telah diterima daripada GSP.

Pelaburan ini dijangka akan menyumbang kepada Kumpulan secara berterusan.