Mengenai Kami

SELGATE Corporation Sdn Bhd (SELGATE), adalah anak syarikat milikan penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).SELGATE adalah peneraju PKNS dan usaha kerajaan dalam perniagaan perubatan dan penjagaan kesihatan dengan visi untuk menyediakan penjagaan berkualiti yang berpatutan. SELGATE bercita-cita untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor dan rakyat Malaysia.SELGATE Healthcare, anak syarikat milik penuh SELGATE Corporation telah diperbadankan pada 14 Disember 2015 untuk melaksanakan objektif ini.Pada 1 Jun 2015, SELGATE diberi mandat untuk menerajui usaha PKNS dan Negeri Selangor dalam bidang perkhidmatan perubatan dan kesihatan.

"PENJAGAAN KESIHATAN“

"Kerajaan Negeri bersetuju agar SELGATE Corporation menjadi peneroka dalam bidang perubatan dan kesihatan sekaligus mempromosikan Pelancongan Kesihatan. Ini termasuk penggabungan dan pengambil alihan hospital atau pusat perubatan yang sedia ada, pembangunan hospital baru, usahasama atau pembelian saham ekuiti dan lain-lain aktiviti yang berkaitan Boleh menjana pendapatan Pembangunan 3 buah hospital ... akan menjana perbelanjaan sebanyak RM 300 juta dan dijangka siap pada tahun 2020.

" YAB Dato 'Seri Mohamed Azmin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor pada 30.10.2015 di Bajet Negeri Selangor 2016”