logo rasmi pkns bahasa melayu
Search
Close this search box.

Penafian

Syarat Penggunaan
Semua maklumat yang terkandung di dalam ini adalah tepat pada masa penerbitan. Walaupun semua langkah berjaga-jaga telah diambil semasa penyediaan laman sesawang ini, pihak PKNS tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kesilapan atau keciciran maklumat yang mungkin timbul. Apa-apa rujukan yang dibuat oleh pihak PKNS di dalam laman sesawang ini terhadap syarikat atau entiti lain, perkhidmatan atau produk mereka, tidak menandakan sokongan atau persetujuan berkenaan kualiti atau kesesuaian tujuan syarikat atau entiti, atau perkhidmatan atau produk mereka.

Pautan di dalam laman sesawang ini akan membolehkan anda meninggalkan laman sesawang PKNS. Laman sesawang yang dipautkan tidak berada di bawah kawalan pihak PKNS dan kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan mana-mana laman sesawang atau apa-apa pautan yang terdapat di dalam laman sesawang tersebut, atau terhadap apa-apa perubahan atau pengemaskinian laman sesawang tersebut. PKNS hanya memaparkan pautan sedemikan untuk manfaat pengguna, dan tidak menyatakan sokongan bagi laman sesawang sedemikian.

Hak Cipta
Semua karya editorial, grafik dan multimedia di dalam laman sesawang ini dilindungi di bawah undang-undang hak cipta dan perjanjian antarabangsa, dan dimiliki oleh PKNS dan/atau penyedianya. Karya, logo, grafik, bunyi dan imej tidak boleh disalin, dihasilkan semula atau disalin secara keseluruhan atau sebahagian, melainkan dengan persetujuan oleh PKNS. PKNS mengalu-alukan permintaan untuk menggunakan kandungan atau bahan di dalam laman sesawang ini. Kebenaran diberikan berdasarkan pertimbangan tertentu dan pihak yang berminat dialu-alukan untuk menghantar emel mereka ke: inquiry@pkns.gov.my

Dasar Privasi
Apabila anda mendaftar, kami boleh meminta maklumat seperti nama, alamat emel, tarikh lahir, jantina, poskod, nombor telefon, pekerjaan, industri dan kepentingan peribadi anda. Kami mengumpul maklumat ini supaya kami dapat memberikan maklumat yang bersesuian dengan anda. PKNS tidak akan menyewakan, menjual, atau mengongsikan maklumat peribadi anda kepada atau dengan pihak lain atau syarikat tidak berkaitan kecuali dengan tujuan memberikan perkhidmatan dan produk yang diminta oleh anda.

PKNS boleh mengumpul makumat aktiviti anda di dalam laman sesawang ini dan aktiviti dalam talian yang lain. Kami menggunakan maklumat sedemikian untuk analisis dalaman tentang aktiviti dalam talian di laman sesawang kami dan untuk memberikan maklumat yang anda perlukan dengan cara yang terbaik. Kami memberikan maklumat kepada rakan pemasaran kami yang bekerja untuk PKNS di bawah perjanjian sulit. Syarikat ini boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk membantu kami menghubungi anda tentang tawaran dan promosi kami. Walau bagaimanapun, syarikat ini tidak mempunyai hak untuk menggunakan atau berkongsi maklumat sedemikian.

Dasar Keselamatan
Terknologi terkini digunakan untuk melindungi data yang diberikan kepada kami dan piawaian keselamatan ketat digunakan untuk mencegah akses tanpa kebenaran. Untuk melindungi data peribadi anda, semua penyimpanan elektronik dan penghantaran data peribadi dijamin dan disimpan menggunakan teknologi keselamatan yang bersesuaian

Skip to content