carian |  W3C

W3C

Pilihan Warna: color-red  color-green  color-oren  color-blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
 | HARTANAH PKNS 
 
faq2seperatorhubungi2seperatormaklumbalas2seperatorpeta2

Sekitar Majlis Pengebumian Jenazah Allahyarham Tuan Haji Azalan bin Miswan pada 19 Oktober 2019. Majlis bermula dengan kehadiran van jenzah sekitar waktu maghrib disusuli bacaan Yassin dan Tahlil.

Solat jenazah dimulakan setelah selesai solat fardhu Isyak. Turut hadir menziarahi adalah Menteri Luar, Yang Berhormat Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Yang Berbahagia Dato’ Mohd Azizi bin Mohd Zain dan ahli pengurusan PKNS. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

PKNS merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh pihak yang membantu samada secara langsung atau tidak langsung dalam proses pengebumian jenazah. Semoga Allahyarham Tuan Haji Azalan bin Miswan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Walaubagaimanapun, PKNS juga masih dalam usaha membawa pulang anggota-anggota yang berada di Turki. Seramai 26 kakitangan dijangka pulang ke tanah air pada hari Isnin (esok), manakala enam lagi yang mengalami kecederaan akan terus mendapatkan rawatan di hospital di Afyonkarahisar, Turki. Sama-samalah kita mendoakan agar dipermudahkan urusan mereka kembali ke tanah air.