carian |  W3C

W3C

Pilihan Warna: color-red  color-green  color-oren  color-blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
 | HARTANAH PKNS 
 
faq2seperatorhubungi2seperatormaklumbalas2seperatorpeta2

 

HEBAHAN TENTATIF PERGERAKAN UNTUK MENYAMBUT ROMBONGAN ANGGOTA PKNS DARI TURKI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Untuk makluman, seramai 26 orang lagi anggota PKNS yang terlibat dalam nahas kemalangan di Turki telah berangkat pulang ke tanah air dan dijangka sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 21 Oktober, Isnin (esok). Tentatif adalah seperti berikut :-

7.30am :
- Berkumpul di Bangunan Ibu Pejabat PKNS (Petugas shj)

8.00am. :
- Bertolak ke KLIA (Petugas shj)

10.00am :
- Ketibaan rombongan di KLIA
- Petugas menyambut rombongan dan pemeriksaan ringkas
- Bertolak ke BangunanIbu Pejabat PKNS

11.45am :
- Tiba di Bangunan IbuPejabat PKNS
- Rombongan disambut oleh ahli keluarga, anggota &
Ahli Pengurusan PKNS
- Bersurai

Bagi anggota PKNS yg ingin sama menyambut kepulangan rombongan dari Turki adalah digalakkan untuk berkumpul di Galeria, Tingkat Bawah, Blok A, Bangunan Ibu Pejabat PKNS pada jam 11.30am dengan kebenaran Ketua Bahagian masing-masing.

Anggota PKNS tidak digalakkan ke KLIA untuk menyambut rombongan memandangkan pergerakan berlaku semasa waktu pejabat. Hanya petugas yang dilantik shj diberikan pelepasan.

Sama-sama kita doakan agar perjalanan rakan-rakan kita sentiasa dilindungi dan dipermudahkan. Aamiin..

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PKNS
20 OKTOBER 2019