carian |  W3C

W3C

Pilihan Warna: color-red  color-green  color-oren  color-blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
 | HARTANAH PKNS 
 
faq2seperatorhubungi2seperatormaklumbalas2seperatorpeta2

 

Sekitar Program Lawatan Hormat ke Rumah Penggerak Masyarakat Orang Asli di Kuarters Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Kampung Orang Asli, Kolam Air Bangkong, Dengkil pada 10 Oktober 2019.

Majlis penyerahan cek sumbangan disempurnakan oleh Puan Hajah Siti Zubaidah binti Abd Jabar, Ketua Pegawai Korporat PKNS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Wang Zakat PKNS kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS, Ustazah Sabariah binti Salleh. Turut hadir, Batin Ongin anak Chinak @ Othman bin Abdullah, Tok Batin Kampung Orang Asli, Kolam Air Bangkong dan Ustaz Riduan Bin Daud, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Dengkil serta masyarakat orang asli.

Puan Hajah Siti Zubaidah turut merasmikan sumbangan bantuan tersebut dengan menandatangani plaque di rumah PMOA yang telah dibaikpulih. Program Kasih PKNS bersama JAIS merupakan salah satu program kerjasama inisiatif CSR yang memberikan keprihatinan kepada rakyat Selangor khususnya bagi masyarakat orang asli.