carian |  W3C

W3C

Pilihan Warna: color-red  color-green  color-oren  color-blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
 | HARTANAH PKNS 
 
faq2seperatorhubungi2seperatormaklumbalas2seperatorpeta2

 

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah terpilih untuk menerima Sijil Pengiktirafan Low Carbon Cities 2030 Challenge yang telah diadakan pada 9 September 2019 bertempat di Dewan Persidangan , Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Sijil Pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim & Alam Sekitar. PKNS diwakili oleh Tuan Ir. Haji Mohamad Sharif bin Mok Som, Ketua Pegawai Teknikal.

LCC2030C merupakan inisiatif daripada pihak Kerajaan Malaysia dengan sasaran untuk mempercepatkan transformasi bandar-bandar di Malaysia ke arah bandar karbon rendah. Matlamat tersebut bertujuan untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon keseluruhan dari bandar di seluruh negara selaras dengan komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030.

Tahniah kepada PKNS atas pengiktirafan.