carian |  W3C

W3C

Pilihan Warna: color-red  color-green  color-oren  color-blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
 | HARTANAH PKNS 
 
faq2seperatorhubungi2seperatormaklumbalas2seperatorpeta2

 

Sekitar Majlis Pelancaran Selangor Digital E-Supply Chain (SELDEC) pada 3 Oktober 2019 bertempat di Ruangan Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Majlis tersebut di rasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Yang Berbahagia Dato' Mohd Azizi bin Mohd Zain bersama Ketua Pegawai Operasi Puan Hajah Norita Binti Mohd Sidek.

SELDEC dilancarkan selaras dengan saranan dan idea Dato' Menteri Besar untuk memperkasakan Industri Perkhidmatan dalam kalangan usahawan di Selangor menerusi pemberian geran, peluang latihan, promosi dan sebagainya.

PKNS selaku organisasi utama yang membantu pembangunan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Selangor sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam mengenalpasti usahawan yang berpotensi untuk menyertai program ini.

 

Kredit : PKNS Bizpoint - Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS