carian |  W3C

W3C

Pilihan Warna: color-red  color-green  color-oren  color-blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
 | HARTANAH PKNS 
 
faq2seperatorhubungi2seperatormaklumbalas2seperatorpeta2

WhatsApp Image 2019 09 17 at 12.08.00 PM

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Pasukan Futsal PKNS telah menyertai PDC Sports Carnival in Conjunction with PDC 50th yang berlangsung pada 14 September 2019 bertempat di Azman Hashim Sports Arena, USM Pulau Pinang dengan menamatkan saingan di peringkat suku akhir setelah tewas 1-2.

Kejohanan tersebut disertai oleh 28 buah pasukan dari seluruh negara.

PKNS yang diletakkan di dalam Kumpulan B bersama PKEN Kedah telah memberikan saingan yang sengit apabila berjaya menewaskan pasukan lawan di dalam peringkat kumpulan dengan kutipan mata berikut: 

PKNS vs PKNK (0 - 1) 

PKNS vs MPSP (3 - 0)  

PKNS vs USM (2 - 0)

PKNS vs PDC SU (8 - 0)

PKNS vs ABU LINE (4 - 1)

Pada perlawanan kelayakan ke suku akhir, PKNS telah bertemu pasukan FLEX MECH dimana PKNS berjaya mengalahkan pasukan lawan dengan mata (3 - 0).

Pasukan Futsal PKNS telah menamatkan saingan di peringkat suku akhir setelah tewas dalam perlawanan penuh dramatik dan kontroversi di tangan MDI FORTUNE dengan mata (1 - 2). 

Walau bagaimana pun, barisan pemain dan jurulatih Futsal PKNS telah mempamerkan semangat kesukanan PKNS dan berdisiplin sepanjang kejohanan berlangsung.

Syabas diucapkan kepada Pasukan Futsal PKNS di atas semangat dan pencapaian yang diberikan. Terima kasih juga diucapkan pada PKNS yang memberikan sokongan dan galakan kepada anggota dalam penyertaan ini. 

Penyertaan ini adalah sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi Kejohanan Sukan Gemaputera XVI Selangor yang akan berlangsung pada Mac 2020 di Selangor.

Senarai ahli pasukan Futsal PKNS :

1. Pengurus - Nurhisyam bin Mamat 

2. Penolong Pengurus - Muhammad Shamsul Akmal bin Muhamad Alias

3. Jurulatih - Md Yasin bin Md Nor

4. Penolong Jurulatih - Engku Mohd Fitri bin Engku Mohd Nawi  

4. Pemain : 

- Muhammad Ridhwan Bin Mohd Ramlan

- Mohd Azrin Bin Sanust @ Sanusi

- Mohd Azizi Bin Alwi

- Muhammad Syafiq Aizat Bin Husin

- Mohamed Ikhwan Syafiq Bin Mohamed Yazid

- Ibnu Hisyam Bin Mohd Nazri

- Nur Hiylim Bin Noor Mohamad

- Ahmad Sabry Asyraf Bin Jeffry

- Amirul Najmi Bin Sarman

- Amirul Azree Bin Sarman

- Muhammad Affiq Bin Mohd Roslan

- Muhammad Aliff Bin Mohd Roslan

- Muhammad Anbiya Bin Azman

- Muhd Haris Bin Muhd Ali

- Mohamad Jeffri Bin Jusoh

- Mohamad Faizul Bin Mohamed 

 

#PKNS #BPSPKNS