carian |  W3C

W3C

Pilihan Warna: color-red  color-green  color-oren  color-blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
 | HARTANAH PKNS 
 
faq2seperatorhubungi2seperatormaklumbalas2seperatorpeta2

70534535 2374017185968413 6196994495041503232 o

Majlis Pelancaran Pasukan Tindakan Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) PKNS

#shahalam #cdert #apm #pkns

Sekitar Pelancaran CDERT PKNS di Dewan Aster, Bangunan Ibu Pejabat PKNS pada 13 September 2019. Majlis disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kerajaan Negeri Selangor, Muhammad Yasir Yahya. Majlis tersebut di hadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Yang Berbahagia Dato' Mohd Azizi bin Mohd Zain. Turut hadir adalah Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab.

Majlis di mulakan dengan pentauliahan Dato' CEO dan 16 orang ahli pengurusan PKNS yang dilantik sebagai pegawai-pegawai bersekutu CDERT PKNS. Seterusnya, seramai 78 anggota PKNS turut menerima pentauliahan.

Untuk makluman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut menjadi agensi kerajaan pertama dalam Negeri Selangor yang mempunyai Pasukan Tindakan Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT).

Gambar Penuh : Facebook Komunikasi Korporat PKNS