Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku sebuah badan korporat dan agensi Kerajaan Negeri Selangor dalam misi bagi menggalakkan pembangunan mampan ketika merancang, merekabentuk dan membina persekitaran. PKNS komited dalam melestarikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk seluruh anggota dan semua pihak selaras dengan peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

Adalah menjadi tanggungjawab PKNS untuk :

  • Membudayakan sistem kerja selamat dan sihat berteraskan kefahaman, kompetensi dan pengaturan kendiri.
  • Memberi komitmen untuk mematuhi peruntukan undang-undang kerajaan pusat, negeri, perancangan kerajaan tempatan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta alam sekitar.
  • Menyediakan sumber dan latihan yang mencukupi bagi meningkatkan kesedaran dan kompetensi anggota.
  • Mewujudkan dan menyelenggara prosedur dan sistem kerja yang selamat mengikut piawaian.
  • Mengenalpasti aktiviti dan hazad yang boleh mengakibatkan impak alam sekitar, ekonomi dan sosial.
  • Memupuk kesedaran melalui penerangan dan pemberitahuan di dalam mencegah, mengahadapi dan menangani bahaya di tempat kerja.
  • Menetapkan objektif dan sasaran dari sudut penambahbaikan alam sekitar dan sosial yang berkaitan dengan impak yang signifikan.

Anggota PKNS, kontraktor dan pembekal perlu beriltizam bagi menjayakan dasar ini. Dasar ini dan hasil prestasi dari sudut alam sekitar, ekonomi dan sosial PKNS senantiasa di kaji semula secara berkala. Perubahan secara menyeluruh akan dibuat bagi mencerminkan komitmen PKNS terhadap pembangunan mampan.