carian |  W3C

W3C

Pilihan Warna: color-red  color-green  color-oren  color-blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
 | HARTANAH PKNS 
 
faq2seperatorhubungi2seperatormaklumbalas2seperatorpeta2

IKLAN JAWATAN KOSONG PKNS 2020

Pemohon-Pemohon adalah dipelawa daripada :-

i. Rakyat Negeri Selangor atau;

ii. Ibu/Bapa Pemohon yang lahir di Negeri Selangor atau;

iii. Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun dan

yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor seperti berikut :-

Bil Jawatan Taraf Jawatan
1 Pereka Hiasan Dalaman Gred J41 Kontrak
2 Pegawai Tadbir Gred N41  Kontrak

Syarat dan Iklan Jawatan Kosong - Lihat disini

Borang Permohonan Jawatan Kosong - Lihat Disini

Cara Memohon :

i. Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia atau dengan memuat turun borang dari laman web http://www.pkns.gov.my berserta syarat-syarat dan maklumat jawatan. Borang yang lengkap diisi dan berserta salinan sijil-sijil yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-

  Pengurus Besar Pentadbiran &  Sumber Manusia 
  Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 
  Bangunan Ibu Pejabat PKNS, Blok B, Tingkat 4, 
  No. 2, Jalan Indah 14/8,
  Seksyen 14, 
  40000 Shah Alam, Selangor.
  
  Email   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  Telefon : 03 - 5525 0300

ii. Permohonan daripada anggota yang sedang berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor mestilah dibuat melalui Ketua Bahagian masing-masing.

iii.Pemohon daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut peraturan di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan kemas kini serta Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama dalam permohonan tersebut. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

Tarikh tutup permohonan adalah 5 Februari 2020

Sebarang pertanyaan mengenai latihan industri sila hubungi alamat berikut :

  Pengurus Besar Pentadbiran &  Sumber Manusia 
  Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 
  Bangunan Ibu Pejabat PKNS, Blok B, Tingkat 4, 
  No. 2, Jalan Indah 14/8,
  Seksyen 14, 
  40000 Shah Alam, Selangor.
  
  Email   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  Telefon : 03 - 5525 0300 

https://drive.google.com/file/d/0B7_2wHPIefJAZzFESm5uS1JsTXZHU2VUQm8tem1pLWtaNjcw/view?usp=sharing