Pengurusan Alam Sekitar

Worldwide Holdings Berhad (WHB) merupakan salah satu daripada syarikat subsidiari yang dimiliki PKNS. Pengurusan alam sekitar adalah merupakan aktiviti utama yang diuruskan oleh WHB.

Penglibatan WHB di dalam bidang perkhidmatan pengurusan alam sekitar bermula sejak tahun 1995, melalui anak syarikatnya, Worldwide Landfills Sdn Bhd (WLSB) yang mana syarikat ini mengendalikan, mengurus dan menyelenggara sisa bahan buangan di loji kumbahan yang terletak di Air Hitam, Puchong.

Operasi pengurusan alam sekitar WHB telah berkembang dengan menerokai bidang yang berlainan, termasuk pusat pengendalian loji yang menggunakan kuasa gas, dan juga usaha bersama Inert Waste Landfill di Dengkil, Domestic Waste Transfer Station, Seksyen 21 Shah Alam, dan juga bersama World Waste Solution GmbH, sebuah syarikat dari Jerman yang menyedia dan membina stesen pemindahan.

Melalui kepakaran yang luas, pengalaman dan pengetahuan, WHB yang terkenal dengan perancangan, pembangunan utama dan implementasi bagi projek-projek pengurusan perniagaan seperti stesen pemindahan, aktiviti bagi loji sedia ada, pelupusan sampah, stesen janakuasa gas, dan sebagainya.

Jana Kuasa

WHB mempunyai sebanyak 20 peratus kepentingan di dalam Genting Sanyen Power Sdn Bhd (GSP), sebuah syarikat janakuasa persendirian. GSP adalah pemilik dan pengendali Stesen Janakuasa sebesar 720MW di Kuala Langat, Selangor, yang memulakan operasinya pada bulan April 1996.

Melalui Perjanjian Pembelian Kuasa selama 21 tahun, penjanaan kapasiti kasar, dan kuasa elektrik telah dijual kepada Tenaga Nasional Berhad.

Pegangan-pegangan WHB di dalam GSP telah memberikan keuntungan yang stabil kepada kumpulan, dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM56.3 juta pada tahun 2003. Pada tahun tersebut juga, dividen pertama berjumlah RM94.4 juta telah diterima daripada GSP.

Pelaburan ini dijangka akan menyumbang kepada Kumpulan secara berterusan.