carian |  W3C

W3C

Pilihan Warna: color-red  color-green  color-oren  color-blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
 | HARTANAH PKNS 
 
faq2seperatorhubungi2seperatormaklumbalas2seperatorpeta2

Sektor perindustrian merupakan antara penyumbang utama kea rah pertumbuhan ekonomi di negeri Selangor. Polisi sektor industri PKNS adalah untuk menyediakan dan mengembangkan kawasan perindustrian dengan pembangunan kawasan perindustrian yang selamat dan berusaha memastikan pengurangan pencemaran dapat dilaksanakan untuk persekitaran sihat di negeri Selangor.

Sehingga kini, PKNS juga telah membangunkan lebih daripada 268.65 hektar zon perindustrian di kawasan luar bandar, dengan matlamat untuk meningkatkan peluang pekerjaan, dan mengurangkan penghijrahan ke bandar. Di antara kawasan yang terlibat adalah:

  • Banting seluas 33.58 hektar
  • Kuala Selangor 48.86 hektar
  • Sekinchan 7.93 hektar
  • Sungai Besar 4.69 hektar
  • Beranang 131.2 hektar dan
  • Bandar Baru Salak Tinggi 42.39 hektar

Selain itu, 828.59 hektar kawasan perindustrian baru turut dibangunkan di Rasa, Kota Puteri, Bernam Jaya dan Selangor Cyber Valley (SCV) di Dengkil, Sepang. PKNS juga memainkan peranan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan kawasan perindustrian bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

IKS merupakan industry yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan seperti pembungkusan, pelabelan, dan pengangkutan kepada industri yang lebih besar di seluruh negeri Selangor.

Adalah menjadi harapan PKNS untuk terus menjadi penyumbang utama dalam sektor pembangunan hartanah perindustrian di Negeri Selangor.