Sebagai pembangun hartanah Selangor yang unggul, kami di PKNS akan terus membangunkan hartanah yang mampu dimiliki dan memperkenalkan lebih banyak lagi produk yang menarik dan inovatif kepada para pelanggan kami, serta untuk semua lapisan masyarakat. Pembangunan hartanah juga merupakan sumber pendapatan dan keuntungan utama kami.

Projek pembangunan hartanah kami merangkumi perumahan kos rendah, sederhana dan tinggi, kedai dan pusat komersil, termasuk juga kilang dan lot industri, yang mana sesetengahnya dibangunkan melalui skim penswastaan.

Kejayaan kami dalam membangunkan Bandar-bandar seperti Shah Alam, Petaling jaya, Bangi, Ampang, Ulu Klang, Kelana Jaya, Bandar Sultan Sulaiman, Kota Damansara, Kota Puteri, Antara Gapi, Bernam Jaya dan Selangor Cyber Valley (SCV) di Cyberjaya membuktikan kebolehan dan pengalaman luas kami.

Di samping membangunkan kawasan tradisional yang telah bertapak di Selangor, kami juga akan meneruskan usaha kami untuk membawa lebih banyak pembangunan ke kawasan di luar Lembah Klang.

Projek PKNS Berkualiti

www.pkns-property.com

Projek Usahasama Dengan PKNS
  • Encorp Strand
  • PJ Sentral 'Garden City'
  • Sunway Giza
  • Worldwide Tower