Mengenai Kami

Apa itu PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC)?

Kami adalah satu syarikat yang penting kepada kerajaan negeri Selangor di mana PREC meneraju pelaburan-pelaburan berkaitan hartanah untuk keseluruhan kumpulan PKNS. Sebagai permulaan, PREC akan mentransformasikan aset-aset lama milik PKNS dengan melaksanakan pelan strategik penambahbaik.

Bila kami ditubuhkan?

PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) ialah sebuah entiti khas yang telah ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai cabang pelaburan kepada kumpulan syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Portfolio kami?

Portfolio hartanah PREC yang bernilai hampir RM700 juta merangkumi 3 kompleks beli-belah dan 3 bangunan pejabat. PREC meletakkan sasaran untuk menjadi syarikat pelaburan yang mempunyai jumlah aset bernilai RM1.5 juta dalam masa dua tahun.

Apa yang kami ada?

Kompleks beli-belah PREC adalah ‘hybrid mall’ yang menggabungkan bazar dengan ‘Mall’. PREC juga telah mewujudkan konsep ‘micro retailing’ di bawah jenama Tempat Orang Lokal dan Jameela Street. Ini bertujuan memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil sederhana untuk menjalankan perniagaan.

Visi

PREC komited dalam mencipta transaksi hartanah yang menguntungkan melalui usaha profesional paling berdedikasi dengan sokongan program, peralatan dan pengurusan inovatif. PREC bertanggungjawab sepenuhnya dalam pelan perniagaan inovatif dan berkesan, mengambil kira jenis pelaburan yang ada setiap hari.

Misi

Menerajui dunia dalam penciptaan peluang pelaburan yang ideal dan penyelesaian hartanah inovatif yang memperkayakan individu dan masyarakat melalui produk dan perkhidmatan hartanah bernilai tinggi.

Untuk pertanyaan: -

Noor Inarah Sidek / Nur Shafiqqa Razali
Komunikasi Korporat
PKNS Real Estate Sdn. Bhd.
019-330 2899 / 018-362 4302

Aktiviti



BIL Nama Aktiviti
1 Festival Buku dan Kanak-Kanak
2 Sidang Akhbar Bazaarpaknil
3 PREC Neon Run Challenge
4 Festival Ramadan Selangor 2017 
5 Program ASTRO Ring Ring Ringgit
6 Kembara Ramadan Aidilfitri PREC 2017
7 Ramadan Fest