Mengenai Akademi PKNS

Kemajuan pesat dalam teknologi dan peningkatan kekompleksan dunia perniagaan memerlukan pendekatan inovatif, berkesan dan profesional dalam mengurus organisasi. Menyedari keperluan ini, peneraju pembangunan hartanah Selangor, PKNS, mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi dan badan akreditasi untuk mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat.Untuk mencapai matlamat ini, Akademi PKNS sebagai anak syarikat PKNS yang dimiliki sepenuhnya telah ditubuhkan pada April 2010. Pada bulan Mac 2012, Akademi PKNS mula beroperasi sebagai sebuah syarikat sendirian berhad. Hari ini, Akademi PKNS merupakan Penyedia Latihan Diiktiraf oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) di bawah Kementerian Sumber Manusia. 
Akademi PKNS menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk menyokong pembangunan modal insan dalam pasaran yang semakin berkembang. Perkhidmatan ini termasuk:

1.Latihan & Pembangunan
2.Pembangunan Akademik
3.Pembangunan Profesional Berterusan
4.Perkhidmatan Perundingan

Visi
Akademi PKNS bermatlamat menjadi sebuat Pusat Latihan yang berdaya saing dan serba lengkap, menyediakan program-program pembelajaran untuk warga kerja bagi tujuan memupuk dan meningkatkan pembangunan modal insan di Malaysia & di luar negara.

Misi
Akademi PKNS akan terus memberi sokongan kepada kecemerlangan, peningkatan individu, organisasi dan negara. Ini akan dimulakan melalui latihan berkesan, nasihat pengurusan dan program pendidikan yang diiktiraf yang memenuhi piawaian kualiti.

Peranan Akademi PKNS
Peranan dan penubuhan akademi ini dibahagikan kepada dua (2) fungsi seperti berikut:
i.Untuk meningkatkan pembangunan insan melalui pembelajaran berstruktur;
ii.Mempelbagaikan aktiviti untuk menjana pendapatan daripada program-program pembelajaran dan perundingan yang mempunyai permintaan untuk di pasarkan ke organisasi kerajaan dan swasta

Aktiviti

Bil  Nama Aktiviti 
1 UNITAR 3rd & 4th Convocation Ceremony PKNS Master in Business Administration Graduate
2 Team Building
3 Public Seminar by international Speakers
4 Seminar / Public Program
5 Consultancy Services
Program "Yang Benar"